MyCommunityNews
MyCommunityNews
June 18, 2025 at 01:57 AM
*18.06.2025, RABU* *NAHAS UPSI: TABUNG KPT PRIHATIN KUMPUL RM1.7 JUTA SUMBANGAN RAKYAT MALAYSIA* Tabung KPT Prihatin yang dilancarkan susulan nahas bas melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Idris (UPSI) di Gerik pada 9 Jun lalu berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM1.7 juta dalam tempoh seminggu. Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, sumbangan itu berjaya dikumpul hasil usaha bersama lebih 40 institusi pengajian tinggi awam dan swasta, politeknik, kolej komuniti, agensi kerajaan dan syarikat korporat dari seluruh negara. Katanya, kutipan dana itu adalah tanda keprihatinan dan solidariti terhadap keluarga mangsa dan setakat ini, sebanyak RM371,000 telah diserahkan kepada waris dan dana selebihnya akan digunakan bagi menampung kos perubatan dan kebajikan. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/16RHJq5zuv/?mibextid=wwXIfr *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DLBiXeTziXZ/?igsh=MXUwdmp6a2Ftemtzbg== *X* https://x.com/mycommunews0624/status/1935150437306613810?s=46 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSkg67PaG/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1717 #mycommunitynews #mcn #malaysiamadani #tabungkptprihatin #tragedigerik #solidaritimahasiswa

Comments