MyCommunityNews
MyCommunityNews
June 18, 2025 at 08:31 AM
*18.06.2025, RABU* *KECAMAN TERHADAP SIKAP HIPOKRASI DAN SELEKTIF PAS MENGENAI ISU ISRAEL!* 1. Sikap hipokrit Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam isu Israel perlu dikutuk sekeras-kerasnya. Pada 15 Jun 2025, PAS lantang menuntut kenyataan tegas dari Putrajaya berhubung serangan Israel ke atas Iran dengan alasan Malaysia perlu memainkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN. 2. Namun, pada 29 Mei 2021 ketika PAS menjadi sebahagian kerajaan, mereka membenarkan pesawat syarikat Israel menggunakan ruang udara Malaysia tanpa sebarang bantahan atau tindakan tegas (Sumber: Sinar Harian). 3. Presiden PAS Abdul Hadi Awang sendiri mengisytiharkan Malaysia perlu berkecuali dalam konflik Timur Tengah ketika itu. Sikap ini sangat bertentangan dengan retorik lantang mereka sebagai pembangkang yang berpura-pura menjadi pejuang Palestin. 4. Tindakan ini juga mendedahkan sikap ‘double standard’ PAS. Bersuara lantang menentang Israel ketika dalam pembangkang tetapi berdiam diri atau memudahkan kepentingan Israel ketika memegang kuasa. Jika PAS benar-benar konsisten dalam perjuangan menentang kezaliman Israel, mengapa tidak bertindak tegas ketika berpeluang melakukannya? 5. Kontradiksi ini menunjukkan bahawa isu Palestin dan Israel sekadar dijadikan alat politik oleh PAS bergantung pada kedudukan mereka sama ada dalam kerajaan atau pembangkang. Sikap sebegini tidak hanya mengecewakan, malah merosakkan solidariti umat Islam antarabangsa dalam memperjuangkan keadilan untuk Palestin. 6. PAS perlu bertanggungjawab dan memberikan penjelasan jelas mengapa mereka bersikap selektif dalam isu ini. Prinsip perjuangan sepatutnya tidak berubah mengikut kepentingan politik. Rakyat Malaysia khususnya penyokong PAS berhak menuntut konsistensi dan integriti dari parti yang mendakwa memperjuangkan agama dan bangsa. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/18F5asBc9C/?mibextid=wwXIfr *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DLCOxUyJgo5/?igsh=dnR5bHpjMzdobnZr *X* https://x.com/mycommunews0624/status/1935248609408413982?s=46 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSkg7tRxH/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1719 #mycommunitynews #mcn #hentikanhipokrasipas #konsistenlawanisrael #solidaritipalestin

Comments