
Ceramah Ustaz dan Ustazah
June 17, 2025 at 03:21 AM
Nabi SAW Menjahit Sendiri Bajunya
Pernah satu ketika Saidatina Aisyah RA ditanya,
“Apa yang dilakukan Nabi ﷺ ketika berada di rumah?”
Beliau menjawab:
“Baginda melakukan kerja rumah, menjahit bajunya, membaiki kasutnya dan melakukan apa yang dilakukan oleh kaum lelaki dalam rumah mereka.”
(HR Ahmad)
Rasulullah ﷺ adalah insan paling mulia. Baginda sibuk sebagai pemimpin negara, pendakwah, guru, imam, dan komander perang. Namun di rumah, Baginda bukan lelaki ‘raja’ yang hanya duduk dan memerintah. Sebaliknya, Baginda bantu kerja rumah. Jahit baju sendiri. Baiki kasut sendiri.
Tapi ini tak bermaksud semua kerja rumah wajib atas bahu suami. Ulama menjelaskan, kerja rumah secara asasnya adalah tanggungjawab isteri mengikut uruf, namun bila suami bantu — itu adalah akhlak mulia, bukan merendahkan martabat. Rasulullah SAW melakukannya atas dasar rahmah, bukan kerana disuruh. Ia bukan persoalan wajib atau tidak, tapi soal rasa tanggungjawab dan empati.
Islam bukan membina rumah tangga atas perintah semata. Tapi atas ihsan dan ta’awun. Saling melengkapi, bukan saling menghukum. Apa yang Nabi tunjuk ialah kepimpinan melalui teladan. Baginda mendidik dengan perbuatan. Baginda ikut serta dalam urusan rumah, bukan sekadar serah bulat-bulat kepada isteri.
Rumah tangga Rasulullah ﷺ menjadi teladan kerana ada rasa hormat. Ada tolak ansur. Ada cinta yang diterjemah dalam tindakan. Jika kita ikut sunnah ini, rumah tangga tak jadi tempat penat semata-mata — tapi tempat berehat dan penuh sakinah.
---
Telegram Rasmi – Ceramah Ustaz & Ustazah
📌 Percuma. Setiap hari ada tazkirah, doa, kisah sirah dan motivasi rohani.
https://t.me/ceramahustazdanustazah
---
EBOOK RM1 – Panduan Solat Sunat, Zikir, Doa, Ramadhan, Taubat & Lain-lain
✅ RM1 untuk 1 Ebook
✅ Pilih tajuk ikut keperluan
https://wa.me/60134588163?text=ebookCeramah
❤️
👍
🇮🇩
❤
😂
😢
🤍
17