Sepang Viral
June 17, 2025 at 10:50 AM
17062025 *POLIS BURU LIMA SUSPEK KES CUBAAN PECAH RUMAH* Polis sedang memburu sekumpulan lima lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di Kajang pada 14/06/2025. Pihak polis menerima laporan pada jam 2210hrs dari seorang lelaki berusia 66 tahun yang bekerja sebagai kontraktor selepas dimaklumkan oleh jirannya mengenai kejadian itu. Kejadian berlaku pada jam 2030hrs, jiran pengadu terlihat beberapa lelaki yang tidak dikenali berlegar-legar di kawasan luar pagar belakang rumah mangsa. Pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lima lelaki berpakaian serba hitam datang dari arah jalan hutan di belakang rumah mangsa sebelum memanjat tembok dan cuba memasuki bahagian belakang kediaman. Siasatan polis mendapati pengadu tidak mengalami sebarang kerugian atau kehilangan barang. Hanya kerosakan pada pintu dan tingkap belakang rumah dilaporkan akibat perbuatan suspek. Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati. Hubungi balai polis berdekatan sekiranya ternampak kehadiran individu yang mencurigakan di kawasan kejiranan atau kampung anda. Sumber : Media Sosial. Hebahan : Rozimi@Putra Nilai. EXCO Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Sembillan. Channel Rasmi Sepang https://whatsapp.com/channel/0029VaW921wFy72EC8lrUV1P
❤️ 👍 😮 😢 🙏 🧨 9

Comments