Sepang Viral
20.3K subscribers
About Sepang Viral
Mencari Admin marketing baru Boleh pm di tele https://t.me/AaSV25 Maklumat rasmi Sepang. Info kemalangan Bencana Bantuan kerajaan Kerja Kosong
Similar Channels
Swipe to see more
Posts
Edisi siasat di heret ke makamah. Tiada siapa selamat sebagai anonymous. Apa kata anda? Channel Rasmi Sepang https://whatsapp.com/channel/0029VaW921wFy72EC8lrUV1P

Sepang belum dengar ada pengurusan Jenazah percuma korang rasa kalau ada NGO nak buat. Boleh ke warga Sepang Support . Diorang tengah nak beli van jenazah. Kalau ramai setuju malam jumaat saya share QR code.
Salam min. Hide kn nama saya ya. Tolong ingatkan driver2 yg memandu di area arena xchange supaya lebih berhati-hati. Pagi td sikit lg nk berlanggar gara2 xboleh nk menyabar nak masuk lorong. Dekat situ sape yg dr simpang darsa nk keluar ke kanan bahaya skit sbb simpang tu jd besar lps arena xchange tu siap. Tp yg jd kt saya ni mmg xboleh diterimalah akibat xboleh nk sabar. Channel Rasmi Sepang https://whatsapp.com/channel/0029VaW921wFy72EC8lrUV1P
Channel Rasmi Sepang https://whatsapp.com/channel/0029VaW921wFy72EC8lrUV1P *INFO MASJID KAMPUNG SALAK TINGGI : KEMBARA MASJID SELANGOR 2025 - DAERAH SEPANG* *Semua Dijemput Hadir Untuk Memeriahkan Prog Kembara Masjid Selangor 2025* *Bersama Yang Berhormat Dr Mohammad Fahmi Ngah* Exco Agama Islam & Pembudayaan Inovasi ADUN Seri Setia 🗓 22 Jun 2025 / 25 Zulhijjah 1446h | Ahad | 5.30 Pagi. 👳5:30am = Pendekar Subuh, Solat Subuh Bejemaah *"Subuh Macam Solat Jumaat"* 🔥6:15am = Kuliah Subuh Perdana *Ustz Dato' Dr Muhd Izhar* 🍛 7:30am = Sarapan Pagi 📚 8:00am = Kelas Tahsin Surah Al-Fatihah *Ustz Tarmizi Ali* 🌞 8:30am = Kuliah Dhuha Perdana *Ustz Hafizuddin Kadir* ✍️ 9:30am = Kudapan & Pendaftaran 🩺👀 9:30am = Pemeriksaan kesihatan dan Mata (Percuma) 🫕🔪🥩🍖 9:30am = Rewang Sekampung 🧹🪚 10:00am = Gotong Royong Perdana 🎤🎉🤩🥳🍜🍲🍛 12:00pm = Makan Tengahhari & Majlis Penutupan *Dengan Kerjasama* #JabatankuasaTetapHaEhwalAgamaIslam #JabatanAgamaIslamSelangor #MasjidkampungSalakTinggi #KembaraMasjidSelangor20

17062025 *CRIME ALERT🚨🚨🚨* *KES SAMUN OLEH GENG RANTAU* *INFO PENTING* dari pihak Polis Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), Sepang. *Suspek Kes Samun GENG RANTAU dipercayai menaiki kenderaan berwarna silver jenis Proton Saga atau Persona.* *Geng ini bergerak dalam 4 ke 5 orang bermula jam 2200hrs.* Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan berwaspada. Hubungi balai polis berhampiran dengan segera sekirnya ternampak invidividu yang tidak dikenali atau kenderaan yang mencurigakan masuk ke kawasan kejiranan atau kampung anda. Harap maklum. Sumber : Persatuan Penduduk, Taman Desa Vista , Bandar Salak Tinggi. Hebahan : Rozimi@Putra Nilai. EXCO Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Sembilan.
Bayi tiga bulan maut tertindih lengan bapa yang meninggal dunia akibat serangan jantung SEORANG bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai lemas akibat dihempap tangan bapanya yang meninggal dunia akibat terkena serangan jantung di rumah mereka pada Khamis. Channel Rasmi Sepang https://whatsapp.com/channel/0029VaW921wFy72EC8lrUV1P

Belum lagi habis bergembira dengan kenyataan Syeikhul Azhar Ahmad Toyyib menyokong Iran, kini bekas Presiden Kesatuan Ulama Antarabangsa (IUMS) pula menyatakan sokongan berani sedemikian. Dua tokoh ini adalah ilmuan yang tak asing lagi dalam dunia akademia Islam samada tradisional dan kontemporari. Mereka adalah ahli sunnah tulen, diiktiraf salaf dan khalaf. Saya gembira kerana keberanian mereka. Bukan mudah bagi bangsa Arab melawan arus sektarianisme dengan menyokong bangsa yang dituduh musuh Islam; syiah. Sentimen sunni-syiah dah berakar berdekad lama sehingga ramai ilmuan sebelum ini dan sekarang sangat anti-Iran. Hanya yang berani menyanggah arus suatu masa dulu adalah Tuan Guru Abdul Hadi dari Malaysia. Kerana ketegasan inilah, beliau sanggup letak jawatan dari Naib Presiden IUMS. Dr Yusof Qaradawi tak menerima perletakan tersebut kerana dialah yang melantik. Tapi setelah habis penggal, Dr Yusof akur penolakan Tuan Guru. Ujar TGHH, dia tak mahu tangan dan kakinys diikat dari menyatakan kebenaran. Sebelum IUMS ditubuhkan, dia dah diamanahkan untuk urus Majma Taqrib Sunni-Syiah naungan OIC dan al-Azhar. Perjalanannya smooth dan cukup baik, sehinggalah propaganda anti-syiah meletus. Panjang kalau nak cerita. Cuma fast forward, hari ini kita melihat aspirasi TGHH mula disokong ilmuan lain. Kalau dulu, hanya Syeikh Ben Bayyah dan Hasan Dedew yang senada dengan TGHH dalam isu ini walaupun tidak selantang beliau. Selain dari itu, Ulama dalam Hms sahaja dikalangan sunni haraki yang sokong beliau. Kawan-kawan Ikhwan Muslimin sendiri tak setuju. Ilmuan Malaysia biasalah, lambat sikit update. Guru mereka Syeikh Ahmad Toyyib dan Syeikh Raisuni dah ubah haluan, mereka sahaja masih terperangkap dalam permainan musuh. Apapun, inilah saat paling menggembirakan dalam episod mencerahkan pandangan ummah. Semoga cahaya ini terus menyinar hingga mampu memadam kegelapan batil. TGHH masih dalam rawatan. Tak dapat bayang betapa gembiranya beliau bila dapat tahu kawan-kawan seangkatan kembali bersama 🥲. Alang Ibn Shukrimun 21 Zulhijjah 1446 18 Jun 2025

17062025 *POLIS BURU LIMA SUSPEK KES CUBAAN PECAH RUMAH* Polis sedang memburu sekumpulan lima lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di Kajang pada 14/06/2025. Pihak polis menerima laporan pada jam 2210hrs dari seorang lelaki berusia 66 tahun yang bekerja sebagai kontraktor selepas dimaklumkan oleh jirannya mengenai kejadian itu. Kejadian berlaku pada jam 2030hrs, jiran pengadu terlihat beberapa lelaki yang tidak dikenali berlegar-legar di kawasan luar pagar belakang rumah mangsa. Pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lima lelaki berpakaian serba hitam datang dari arah jalan hutan di belakang rumah mangsa sebelum memanjat tembok dan cuba memasuki bahagian belakang kediaman. Siasatan polis mendapati pengadu tidak mengalami sebarang kerugian atau kehilangan barang. Hanya kerosakan pada pintu dan tingkap belakang rumah dilaporkan akibat perbuatan suspek. Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati. Hubungi balai polis berdekatan sekiranya ternampak kehadiran individu yang mencurigakan di kawasan kejiranan atau kampung anda. Sumber : Media Sosial. Hebahan : Rozimi@Putra Nilai. EXCO Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Sembillan. Channel Rasmi Sepang https://whatsapp.com/channel/0029VaW921wFy72EC8lrUV1P
Bas rosak dekat uturn desa restu . Jem teruk . aduan 2.30 Channel Rasmi Sepang https://whatsapp.com/channel/0029VaW921wFy72EC8lrUV1P
Baucar Buku RM100 untuk Lebih 400,000 Guru Perdana Menteri mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100 kepada lebih 400,000 guru di seluruh negara. Inisiatif ini bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik dalam memajukan sektor pendidikan negara. Maklumat Lanjut: Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai inisiatif ini, sila rujuk portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: Channel Rasmi Sepang https://whatsapp.com/channel/0029VaW921wFy72EC8lrUV1P
