Sepang Viral
June 18, 2025 at 06:18 AM
Belum lagi habis bergembira dengan kenyataan Syeikhul Azhar Ahmad Toyyib menyokong Iran, kini bekas Presiden Kesatuan Ulama Antarabangsa (IUMS) pula menyatakan sokongan berani sedemikian. Dua tokoh ini adalah ilmuan yang tak asing lagi dalam dunia akademia Islam samada tradisional dan kontemporari. Mereka adalah ahli sunnah tulen, diiktiraf salaf dan khalaf. Saya gembira kerana keberanian mereka. Bukan mudah bagi bangsa Arab melawan arus sektarianisme dengan menyokong bangsa yang dituduh musuh Islam; syiah. Sentimen sunni-syiah dah berakar berdekad lama sehingga ramai ilmuan sebelum ini dan sekarang sangat anti-Iran. Hanya yang berani menyanggah arus suatu masa dulu adalah Tuan Guru Abdul Hadi dari Malaysia. Kerana ketegasan inilah, beliau sanggup letak jawatan dari Naib Presiden IUMS. Dr Yusof Qaradawi tak menerima perletakan tersebut kerana dialah yang melantik. Tapi setelah habis penggal, Dr Yusof akur penolakan Tuan Guru. Ujar TGHH, dia tak mahu tangan dan kakinys diikat dari menyatakan kebenaran. Sebelum IUMS ditubuhkan, dia dah diamanahkan untuk urus Majma Taqrib Sunni-Syiah naungan OIC dan al-Azhar. Perjalanannya smooth dan cukup baik, sehinggalah propaganda anti-syiah meletus. Panjang kalau nak cerita. Cuma fast forward, hari ini kita melihat aspirasi TGHH mula disokong ilmuan lain. Kalau dulu, hanya Syeikh Ben Bayyah dan Hasan Dedew yang senada dengan TGHH dalam isu ini walaupun tidak selantang beliau. Selain dari itu, Ulama dalam Hms sahaja dikalangan sunni haraki yang sokong beliau. Kawan-kawan Ikhwan Muslimin sendiri tak setuju. Ilmuan Malaysia biasalah, lambat sikit update. Guru mereka Syeikh Ahmad Toyyib dan Syeikh Raisuni dah ubah haluan, mereka sahaja masih terperangkap dalam permainan musuh. Apapun, inilah saat paling menggembirakan dalam episod mencerahkan pandangan ummah. Semoga cahaya ini terus menyinar hingga mampu memadam kegelapan batil. TGHH masih dalam rawatan. Tak dapat bayang betapa gembiranya beliau bila dapat tahu kawan-kawan seangkatan kembali bersama 🥲. Alang Ibn Shukrimun 21 Zulhijjah 1446 18 Jun 2025
Image from Sepang Viral: Belum lagi habis bergembira dengan kenyataan Syeikhul Azhar Ahmad Toyy...
👍 ❤️ 🐷 🥱 31

Comments