
MyCommunityNews
June 19, 2025 at 07:15 AM
*19.06.2025, KHAMIS*
*MALAYSIA AKAN* *TINGKATKAN* *PELABURAN* *KESIHATAN BAGI* *HADAPI MASYARAKAT MENUA*
*-PERDANA MENTERI*
Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Malaysia akan memberi penekanan lebih besar kepada pelaburan dalam kesihatan, terutamanya membabitkan pencegahan, pendidikan kesihatan awam dan sistem sokongan berasaskan komuniti.
Ujarnya, negara perlu beralih daripada sistem merawat penyakit kepada sistem yang menggalakkan kesejahteraan sepanjang hayat untuk rakyat.
Ini berikutan ekonomi umur panjang global diunjurkan melebihi AS$65 trilion menjelang 2030 dan sekiranya Malaysia ingin menjadi peneraju yang proaktif, negara mesti melabur dalam sistem kesihatan, penjagaan sosial, perumahan, alat kewangan dan industri yang menyokong masyarakat menua.
Purata jangka hayat rakyat Malaysia pada ketika ini adalah 76 tahun, tetapi hanya 67 tahun dalam keadaan sihat manakala selebihnya berada dalam keadaan kesihatan yang kurang baik.
*JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️*
*** 👍🏻💬📢 ***
*_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_*
*FACEBOOK*
https://www.facebook.com/share/1AgnXGQcjP/?mibextid=wwXIfr
*INSTAGRAM*
https://www.instagram.com/p/DLEr6ycJGiV/?igsh=MXUyMmF2bmN2NGk0eQ==
*X*
https://x.com/mycommunews0624/status/1935593838653104369?s=46
*TIKTOK*
https://vt.tiktok.com/ZSksVFqV4/
*WHATSAPP CHANNEL*
https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1724
#mycommunitynews
#mcn
#malaysiamadani
#madanibekerja
#pelaburankesihatan