MyCommunityNews
MyCommunityNews
June 19, 2025 at 09:02 AM
*19.06.2025, KHAMIS* *‘SISTER IN ISLAM BUKAN INDIVIDU YANG TERTAKLUK KEPADA FATWA' - MAHKAMAH PERSEKUTUAN* Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan satu fatwa Selangor yang mengisytiharkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat tidak boleh diguna pakai terhadap Sisters In Islam (SIS) Forum Malaysia kerana fatwa itu hanya terpakai kepada orang perseorangan beragama Islam dan bukannya syarikat atau pertubuhan. Keputusan ini menegaskan bahawa fatwa tidak boleh dikenakan secara automatik terhadap entiti berdaftar di bawah undang-undang sivil, melainkan peruntukan khas digubal. Ini melindungi pemisahan kuasa antara dua sistem perundangan. Ia juga selaras dengan prinsip Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menekankan keperluan pemisahan bidang kuasa peradilan sivil dan syariah, untuk menjamin hak serta kebebasan sivik tanpa mencampuri urusan agama. Selain itu, ia secara tidak langsung mengukuhkan prinsip ‘rule of law’ dan keharmonian dua sistem (sivil dan syariah) dalam pentadbiran kerajaan MADANI. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/16MxGFL95Y/?mibextid=wwXIfr *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DLE5Uu7JNKx/?igsh=MTRxbnpqdHphYWNxZw== *X* https://x.com/mycommunews0624/status/1935623399377953153?s=46 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSks7VNLg/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1726 #mycommunitynews #mcn #kerajaanmadani #sistersinislam #ruleoflaw

Comments