DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
May 21, 2025 at 10:12 AM
“*Saya FANS BERAT Dr!” Kata seorang pelajar MRSM Bintulu*. Mula-mula saya pun *tak faham bahasa Sarawak* ini. Rupa-rupanya yang dimaksudkan lebih kurang “*saya peminat utama” Doktor*. Rata-rata pelajar *MRSM Bintulu dan IKM Bintulu* yang ditemui ketika sesi pertemuan dengan mereka kelmarin *tak putus-putus ucap terima kasih lawat mereka*. Dari *tahun lepas lagi ramai pelajar MRSM dan IKM Bintulu yang mesej minta saya #terjah tempat mereka*. Mungkin sebab mereka selalu ikuti perkembangan saya di media sosial terutamanya IG dan Tiktok. Alhamdulillah kebetulan memang direncanakan untuk *buat pertama kali Majlis MARA mengadakan mesyuarat di Sarawak* dan saya pilih untuk diadakan di *MRSM Bintulu sebagai MRSM paling bongsu* dan terindah hasil binaan *Petronas*. *Majlis MARA yang bermesyuarat kelmarin juga telah meluluskan semua permintaan pelajar-pelajar MRSM dan IKM Bintulu* yang antara lain minta ditambah baik padang, lantai dewan berbumbung, capaian internet, fasiliti dan peralatan san mesin teknikal untuk belajar dengan anggaran kira-kira *RM3 juta.* #merakyatkanmara #terjahmrsm #terjahikm #hidupkumilikummah #hidupbiarberjasa #mrsmbintulu #ikmbintulu TikTok : https://vt.tiktok.com/ZShGRBkL7/ Facebook : https://www.facebook.com/share/v/1FxdKVjtDa/ Instagram : https://www.instagram.com/reel/DJ6ShNpBnPd/ X : https://x.com/drasyrafwajdi/status/1925124818921521661 WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
❤️ 👍 4

Comments