DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
May 22, 2025 at 12:19 AM
Semalam berkesempatan untuk *terjah ke MRSM Kuala Kubu Bharu*, Hulu Selangor. MRSM ini telah mengharumkan nama MARA dengan *pencapaian cemerlang sebagai MRSM terbaik SPM 2024 dan antara top 10 terbaik dalam Malaysia*. Kejayaan ini adalah bukti hasil kerja keras para pelajar yang istiqamah, berdisiplin, berwawasan serta kesungguhan para guru dan pentadbir yang sentiasa komited dalam mendidik dan membimbing. Saya *amat menghargai semangat dan usaha seluruh warga MRSM KKB* yang tidak pernah mengenal penat lelah demi kejayaan anak bangsa. Saya juga *mengambil maklum balas* secara langsung daripada ibu bapa dan guru berkenaan *isu gangguan monyet* yang mengganggu suasana pengajaran dan pembelajaran, khususnya di kawasan asrama dan bilik darjah. Sebagai tanda prihatin pihak *pengurusan MARA, MARA telah meluluskan peruntukan sebanyak RM400,000.00* untuk pemasangan jaring pada tingkap-tingkap di asrama sebagai *langkah perlindungan dan keselamatan pelajar*. Peruntukan ini juga termasuk *pelbagai penambahbaikan prasarana dan kemudahan di bangunan akademik dan asrama* termasuk membaiki tandas, penukaran karpet surau, menambahbaik lantai dewan dan lain-lain. *MARA turut meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM50,000.00 khusus buat para guru dan pelajar MRSM* bagi apa-apa kegiatan atas menghargai usaha semua yang telah mengharumkan nama MARA dan MRSM Kuala Kubu Bharu. *Tahniah kepada seluruh warga MRSM Kuala Kubu Bharu*. Teruskan kecemerlangan dan jadikan kejayaan ini sebagai inspirasi untuk terus maju. *Semoga MRSM ini kekal menjadi contoh unggul dalam melahirkan modal insan* berkualiti untuk masa depan negara. #merakyatkanmara #maragemilang #hidupbiarberjasa #hidupkumilikummah #wearegenmara Facebook : https://www.facebook.com/share/p/16bTbcpGqQ/ Instagram : https://www.instagram.com/p/DJ7rMdmz_eX/ WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
👍 ❤️ 5

Comments