DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
                                
                            
                            
                    
                                
                                
                                May 25, 2025 at 04:42 PM
                               
                            
                        
                            Malam ini saya berpeluang *berdiskusi secara dalam talian bersama pelajar-pelajar dari Kelab UMNO Luar Negara (KULN)*. Mereka ini adalah anak-anak Malaysia yang sedang menimba ilmu di pelbagai pelusuk dunia. 
Mendengar sendiri *pandangan, persoalan dan aspirasi mereka* mengingatkan saya bahawa anak-anak muda inilah yang bakal mewarnai masa depan negara. 
Mereka hadir dengan *pemikiran segar, idealisme tinggi dan keinginan* yang tulus untuk *menyumbang semula kepada tanah air.*
Sebagai *Setiausaha Agung UMNO, saya melihat bahawa KULN ini perlu diperkasakan* semula sebagai medan *strategik untuk mencungkil, membentuk dan melahirkan pemimpin muda* yang bukan hanya celik dengan ilmu global, tetapi juga *kuat akar kebangsaan dan jati diri perjuangannya*.
Kelab ini *bukan sekadar organisasi perantauan, tetapi tapak semaian bagi bakat kepimpinan masa depan UMNO dan negara*. *Terima kasih* kepada semua yang hadir malam ini. InsyaAllah ini hanyalah permulaan kepada usaha yang lebih besar demi perjuangan agama, bangsa dan negara. 
#umnobangkit
#kuln
#umnodulukiniselamanya
#hidupkumilikummah
#hidupbiarberjasa
Facebook : https://www.facebook.com/share/p/19ULT35Wtr/
Instagram : https://www.instagram.com/p/DKFVKCZPVDu/
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
                        
                    
                    
                    
                    
                    
                                    
                                        
                                            👍
                                        
                                    
                                        
                                            ❤️
                                        
                                    
                                    
                                        3