DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
May 25, 2025 at 11:33 PM
#*TERJAH MRSM KUALA KUBU BHARU* “*Cikgu Pengetua*, saya *dalam perjalanan ke MRSM KKB*, nanti *tolong kumpulkan guru dan pelajar. Saya nak ucap tahniah kepada semua!”* Lebih *kurang sejam sebelum sampai ke MRSM KKB saya memaklumkan kepada Pengetua kehadiran* saya ke MRSM yang mendapat *keputusan SPM 2024 terbaik di Malaysia*. Memang sengaja saya *terjah supaya mereka tidak perlu berbelanja atau habiskan tenaga dan masa* untuk merancang persiapan kehadiran mana-mana VIP sebagaimana lazimnya. Alhamdulillah, sebelum itu dalam *Mesyuarat Majlis MARA di Sarawak*, saya sendiri telah membawa cadangan untuk *memberikan peruntukan khas menaik-taraf fasiliti MRSM yang berusia lebih 20 tahun* ini.Juga *mengurangkan permasalahan serangan monyet liar* yang menjadi rungutan utama pelajar dan guru. Semua ini sebagai *pengiktirafan kepada MRSM KKB yang dinobatkan selaku MRSM terbaik di Malaysia* dalam pencapaian *SPM 2024*. #merakyatkanmara #mrsm #mrsmkkb #hidupkumilikummah #hidupbiarberjasa #ansara #maramendunia #maraterusgemilang #terjahmrsm TikTok : https://vt.tiktok.com/ZShTfSn43/ Facebook : https://www.facebook.com/share/v/1F64Rvczay/ Instagram : https://www.instagram.com/reel/DKGC60Chsj8/ WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
👍 ❤️ 5

Comments