DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
May 26, 2025 at 01:44 PM
Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang meluangkan masa sepenuhnya *bersama rakyat di sekitar kawasan Gerik melalui pelbagai program* turun padang yang penuh bermakna. Seawal pagi, saya *menziarahi penduduk* yang diuji dengan musibah, warga emas yang uzur serta keluarga yang *memerlukan perhatian di Kg. Umbut, Bandariang, Bersia Lama, Kg. Batu 6 dan Batu 4, Gerik*. Saya turut *meninjau keadaan rumah-rumah yang perlu dibaik pulih serta perkembangan pembinaan* rumah baharu di *Kg. Perah* yang telah saya *lawati keluarga Adik Intan yang hanya menetap di RnR Perah*. InsyaAllah dalam sebulan lagi rumah ini akan siap sepenuhnya. Tengah hari, saya berkesempatan *berkelah dan beramah mesra bersama penduduk kampung di Tanjung Kekabu*. Suasana santai di *tepi sungai yang damai ini menjadi ruang terbaik* untuk bertanya khabar, mendengar sendiri suara dan harapan mereka. Di sebelah petang, saya bersama *warga kerja KEMAS Parlimen Gerik* bagi menyampaikan *penghargaan atas khidmat mereka kepada masyarakat*. Kemudian saya *merasmikan Mesyuarat Agung PIBG di SK Batu 4, Gerik*. Ini satu platform penting memperkukuh peranan ibu bapa dan guru dalam memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita dan melalui *MARA kita bersedia membantu anak-anak ini untuk terus berjaya dalam aspek pendidikan* mereka. Sebelah malam, saya bergegas ke *USAS Resort bagi menyantuni lebih 200 pelajar lepasan SPM dalam Kem A+* anjuran *Yayasan Pelajaran MARA (YPM)*. Program ini memberi pendedahan awal mengenai *laluan pendidikan tinggi dan membina keyakinan diri para pelajar* yang merupakan aset dan bakal pemimpin masa hadapan negara. #gerikdihatiku #merakyatkanmara #maragemilang #hidupkumilikummah #hidupbiarberjasa Facebook : https://www.facebook.com/share/p/18oHcSwuUB/ Instagram : https://www.instagram.com/p/DKHmOtyhwKc/ WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
👍 ❤️ 5

Comments