DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
May 29, 2025 at 02:17 AM
“*Carpet surau ni usianya hampir 20 tahun, baunya pun terlalu hapak*. Ada pelajar yang sakit juga!” *“Tolonglah tukar carpet surau kami ya Dr!”* *“Keutamaan kami carpet surau!”* Minggu lepas ketika *#terjah MRSM Kuala Kubu Bharu*, ramai *guru dan pelajar yang mesej, bahkan menyuarakan secara terbuka memohon supaya carpet surau* mereka ditukar. Memang benar selepas saya *terjah ke Dewan Selera, asrama, beberapa tandas, sempat saya singgah ke Surau sebelum ke Dewan*. Ternyata *baunya hapak yang amat tengit* dan terdetik dalam hati macam manalah anak-anak pelajar ni boleh beribadah dan beraktiviti dalam suasana tersebut. Maka hari ini, saya *tunaikan janji saya untuk menukarnya*. Saya dimaklumkan *kerja-kerja pemasangan carpet baru sedang berjalan hari ini*. *InsyaAllah esok siap*. Bila pelajar-pelajar balik semula ke Maktab boleh rasa carpet baru. Sebabkan *MRSM Kuala Kubu Bharu mencatatkan pencapaian sebagai MRSM TERBAIK dalam keputusan SPM 2024* tahun ini, maka saya dapatkan Carpet istimewa corak *Raudhah Masjid Nabawi Madinah*. *Alhamdulillah*, ada hamba Allah yang merupakan sahabat saya yang *membiayai kos permaidani tersebut. (Jimat bajet MARA 😉)*. #merakyatkanmara #hidupbiarberjasa #hidupkumilikummah #mrsm #terjah Facebook : https://www.facebook.com/share/p/16jahE4FVQ/ Instagram : https://www.instagram.com/p/DKMSBattn_R/ WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
👍 ❤️ 6

Comments