DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
May 30, 2025 at 01:47 AM
Petang tadi sempat singgah ke *Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di WTC*. Walaupun berlangsung hanya di tingkat bawah pejabat saya, namun dek *kekangan masa dengan pelbagai temujanji dan program termasuk ASEAN, baru hari ni berpeluang*. Itupun hanya sejam setengah sahaja. Apa yang menarik, *Allah pertemukan saya dengan seorang anak muda bernama Danial berusia 18 tahun*, *baru habis SPM tapi telah menulis beberapa buah buku*. Saya terus membelinya beserta beberapa buku lain, termasuk *tulisan terbaru* sahabat saya *Roslan Ab Hamid di Reruai Karangkraf*. Siapa yang belum lagi berkunjung, moleklah *sempena cuti sekolah ni bawa anak-anak bersama bagi memupuk semangat membaca dan kecintaan kepada ilmu*. *Terima kasih* kepada semua yang tidak mampu saya hendak sebut satu persatu kerana *menghadiahkan buku-buku terbaru terbitan masing-masing*. Sejujurnya saya tak tergamak untuk menerima kerana saya berhajat nak membeli bagi membantu rakan-rakan penerbit tempatan. #pbkl2025 #memugarbudayamembaca #hidupkumilikummah #hidupbiarberjasa #merakyatkanmara Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1CVWtzKLuy/ Instagram : https://www.instagram.com/p/DKPAdy_Nv1D/ WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDA
👍 ❤️ 4

Comments