DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
May 30, 2025 at 05:11 AM
“*Salam Wadi* (nama panggilan sahabat-sahabat waktu di UIA), Saya baru balik dari gerik jumpa klien untuk urusan hartanah. Nama dia *Siti Zabedah Binti Udin berumur 68 tahun*. *Suami baru meninggal dunia* dan *tiada anak kandung, hanya ada 2 anak angkat. Salah sorang OKU perempuan dan sedang terlantar koma* di rumah akibat pendarahan otak. Bila tengok keadaan rumahnya, memang mendukacitakan. Di *dalam kebun getah dan amat daif.*” Mesej yang cukup meruntun hati ini saya terima daripada sahabat baik saya ketika di UIA dahulu, *Saudara Ahmad Rosmy yang saya panggil G-Roy.* Terus saya teks *Dato’ Farhan Fauzi Setiausaha Politik Perdana Menteri* untuk dapatkan *bantuan segera*. Alhamdulillah *tidak sampai tiga hari wakil dari Unit Penyelarasan Dalaman Jabatan Perdana Menteri terus buat siasatan*. Berkebetulan saya *balik ke Gerik sempat singgah ke teratak Mak Su Zabedah di ceruk Kampung Badariang*. Memang keadaan rumah amat *daif sekali, tingkap dan sebahagian dinding hanya ditutup dengan kain kanvas* sahaja. InsyaAllah, *kelulusan untuk bina rumah baharu sudah diperolehi dan akan mula dilaksanakan dalam masa terdekat*. Satu *pengajaran yang saya pelajari daripada kisah Mak Su* ini, bahawa *Allah tidak sesekali membiarkan hambaNya yang membantu hamba-hambaNya yang lain*. *Beliau dan arwah Suami* walaupun mereka sendiripun bukan senang, sentiasa *menolong masyarakat yang susah termasuk memelihara anak-anak yatim* bagaikan anak sendiri. Akhirnya Allah jadikan saya dan rakan-rakan hanya sebagai asbab untuk *mempermudahkan urusan beliau mendapat rumah baharu*. Ingatlah *pesan Nabi SAW bagi yang sentiasa membantu meringankan beban saudaranya* dalam Hadis berikut: ‎وَاَللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ “Dan Allah sentiasa menolong hambaNya yang mana hambaNya itu sentiasa menolong saudaranya yang lain” (Riwayat Muslim) #hidupbiarberjasa #hidupkumilikummah #gerikdihatiku #merakyatkanmara TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSkdBkM1G/ Facebook : https://www.facebook.com/share/v/19gYAgbCMa/ Instagram : https://www.instagram.com/reel/DKQ-Y15tg4n/ X : https://x.com/drasyrafwajdi/status/1928317035911729656/ WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDA
❤️ 👍 3

Comments