DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
June 1, 2025 at 09:38 AM
*MARA JALIN KERJASAMA. STRATEGIK DENGAN UNIVERSITI CAMBRIDGE* Sesampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, terus tukar baju dan gerak ke *Universiti Cambridge*, untuk mengadakan *pertemuan strategik bersama pengurusan tertinggi* dan para *profesor kanan terkemuka di University of Cambridge, United Kingdom* antara universiti terbaik dunia bagi meneroka potensi *kerjasama MARA-Cambridge* yang mampu *melonjakkan lagi kualiti pendidikan dan pembangunan modal insan negara*. Alhamdulillah, pertemuan yang berlangsung hampir dua jam ini melahirkan beberapa *resolusi yang amat positif, selaras dengan keputusan Majlis MARA* baru-baru ini yang berhasrat untuk *membina laluan akademik khas (feeder pathway) bagi pelajar-pelajar MRSM, terutamanya 12 MRSM IGCSE*, untuk *menempatkan diri di universiti-universiti terkemuka dunia termasuk di University of Cambridge*. Pihak *Cambridge juga menyambut baik inisiatif ini*, malah telah menyatakan *persetujuan untuk menghantar delegasi ke Malaysia bagi sesi libat urus bersama para Pengetua MRSM IGCSE serta guru-guru* kaunselor. Sesi ini penting bagi memperincikan keperluan akademik dan *struktur laluan kemasukan ke Cambridge*. *MARA mempunyai 'talent pool'* yang luas dan ini akan membuka peluang kepada anak-anak ini melanjutkan pelajaran kemasukan Cambridge. Selain itu, pertemuan ini juga *membuka peluang besar buat seramai 9,987 warga pendidik MARA* di seluruh institusi pendidikan MARA (IPMA), yang meliputi kolej-kolej kemahiran, universiti-universiti MARA dan MRSM. Para pendidik ini *berpeluang untuk menjalin pertukaran kepakaran (knowledge exchange), menjalankan penyelidikan bersama* serta meneroka peluang melanjutkan pengajian di *peringkat pasca siswazah (postgraduate)* dalam bidang-bidang *strategik di Cambridge* seperti tenaga boleh baharu, kecerdasan buatan (AI), sains sosial, teknologi kuantum, block chain, IOT, inovasi keusahawanan dan pelbagai bidang baharu yang menjadi pemacu masa depan ekonomi dunia. *Cambridge University’s Trust* juga menyatakan kesediaan untuk *bekerjasama dengan MARA untuk berkongsi pembiayaan (co-funding) pelajar-pelajar* penyelidikan *pasca-ijazah di peringkat Sarjana dan PhD*. InsyaAllah jika semua perincian dipersetujui, *MARA boleh jimat sehingga RM5 juta* dengan penghantaran pelajar ke sini. Inisiatif kerjasama ini adalah sebahagian daripada *agenda strategik MARA* untuk memastikan anak-anak bangsa tidak hanya bersaing di peringkat nasional, malah mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di pentas akademik dan profesional antarabangsa. Pada masa yang sama, ia juga berperanan *memperkasa warga pendidik MARA agar terus relevan* dan bersedia menghadapi cabaran arus globalisasi. *InsyaAllah, MARA akan terus berusaha memperkukuh jaringan antarabangsa* ini, demi memastikan peluang-peluang terbaik dapat kita buka seluas-luasnya buat anak-anak Bumiputera dan negara. #merakyatkanmara #maragemilang #ivyleague #pendidikanglobal #hidupbiarberjasa #maramendunia #hidupkumilikummah TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSkNPpQdM/ Facebook : https://www.facebook.com/share/v/1BAxZmMVoA/ Instagram : https://www.instagram.com/reel/DKWlyPOoiD3/ X : https://x.com/drasyrafwajdi/status/1929108367189987656? WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDA
❤️ 👍 6

Comments