
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
June 2, 2025 at 12:57 PM
*“Jangan tinggal solat, jangan lupa baca Quran setiap hari dan amalkan zikir seperti Mathurat sebagai pendiding dan pemelihara kepada apa jua ujian sepanjang berada di luar negara”.*
Alhamdulillah, saya berkesempatan meluangkan masa bersama pelajar-pelajar *tajaan MARA di University of Sheffield, United Kingdom, University of Manchester* dan bersama '*Malaysian Community of Cheetham Hill (MCCH)*' dari awal pagi hingga ke malam.
Dalam sesi bersama anak-anak ini, saya kongsikan *aspirasi besar MARA untuk melahirkan pelajar bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga holistik*, berdaya saing di peringkat antarabangsa serta kekal terpaut kepada jati diri bangsa dan agama.
Sesi *dialog-dialog* seperti ini amat penting bagi saya *berkongsi aspirasi dan juga mendengar pendapat* serta pandangan anak-anak ini bagi *penambahbaikan, hal ehwal kebajikan* mereka di bumi asing ini.
Banyak *pandangan, aspirasi dan idea segar yang dikongsikan* membuktikan bahawa *anak-anak Malaysia di perantauan sentiasa membawa nama negara* dengan penuh rasa bangga.
InsyaAllah, *MARA akan terus komited dalam membina laluan kecemerlangan* buat *anak bangsa*.
#merakyatkanmara
#maragemilang
#maraglobal
#hidupbiarberjasa
#hidupkumilikummah
Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1CMBP58yqL/
Instagram : https://www.instagram.com/p/DKZiMUcI586/
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDA
👍
❤️
4