DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
June 4, 2025 at 09:13 AM
Rupanya berita *MARA tidak lagi hantar pelajar ke Amerika Syarikat* gara-gara polisi Trumph turut jadi liputan media luar negara. Banyak pula *universiti tawar diskaun yuran pengajian*. Alhamdulillah, banyak pula *universiti luar negara termasuk beberapa universiti di UK yang hubungi saya dan MARA* mahu berjumpa apabila mereka tahu saya masih di UK untuk *menawarkan diskaun yuran pengajian pelajar MARA*. Ada sebuah universiti yang terkemuka tempat di mana dulunya ramai *pelajar MARA dihantar siap tawarkan sehingga 25 peratus* apabila mereka tahu saya *berjaya yakinkan 3 universiti terkemuka UK menawarkan sehingga 20 peratus*. Malah kelmarin di *Universiti College London (UCL) yang merupakan top 10 universiti di UK*, Naib Presidennya sendiri menyatakan kesediaan untuk *menawarkan diskaun kepada MARA* jika MARA bersedia *hantar lebih ramai pelajar cemerlang* ke universiti mereka. Antara pendekatan baharu *MARA ialah memfokuskan pelajar-pelajar ke universiti-universiti yang ada hubungan strategik* dan akrab *dengan industri* supaya *pelajar-pelajar MARA* mendapat *pendidikan* yang bukan sahaja hebat dari segi *teori tetapi aplikasi*. Contohnya, *MARA menggiatkan kerjasama dengan universiti-universiti terkemuka di Jerman* dalam bidang-*bidang teknologi tinggi*. Kelebihan *pelajar-pelajar lepasan Jerman* adalah hampir seratus peratus *mendapat pekerjaan kerana ada lebih 500 syarikat Jerman* beroperasi di Malaysia. *Keutamaan MARA* bukan sekadar memastikan pelajar-pelajar mendapat *pendidikan terbaik* dalam bidang-bidang strategik berkepentingan negara masa depan, namun yang *lebih penting bidang-bidang yang boleh menjamin pekerjaan bergaji premium* kepada *graduan MARA*. Inilah antara *agenda dan pelan transformasi MARA* yang sedang kami usahakan. #maragemilang #merakyatkanmara #maramendunia #transformasimara #hidupkumilikummah #hidupbiarberjasa Instagram : https://www.instagram.com/p/DKeS5TbhM-2/ Facebook : https://www.facebook.com/share/p/15ZizPbgxU/ WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDA
👍 ❤️ 4

Comments