
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
June 4, 2025 at 02:17 PM
‘*SATU PINTU DITUTUP, PINTU LAIN PULA TERBUKA’*
Ramai yang melahirkan rasa *terkejut susulan pengumuman MARA* berhubung keputusan untuk *menghentikan sementara penghantaran pelajar baharu ke Amerika Syarikat*.
Keputusan ini diambil setelah kita meneliti *dasar serta polisi terkini Kerajaan Amerika Syarikat yang kini semakin ketat dan tidak menentu*, khususnya berkaitan halangan *visa pelajar serta syarat-syarat baharu yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan masa depan* para pelajar kita di sana.
Bagi *pelajar-pelajar sedia ada di Amerika Syarikat, dasar MARA kekal tidak berubah*. Pihak *MARA akan terus memantau perkembangan semasa *dengan penuh teliti demi *memastikan kebajikan mereka terus terpelihara*.
Bak kata pepatah Inggeris, “*When one door closes, another opens.”*
Alhamdulillah, kunjungan kerja saya baru-baru ini telah *membuka peluang baharu* yang amat signifikan. *Beberapa universiti terkemuka di United Kingdom* telah menyatakan *kesediaan bukan sahaja untuk menerima pelajar-pelajar MARA*, malah turut *menawarkan potongan yuran pengajian sehingga 25%*, memberikan *penjimatan melebihi RM105,000* bagi setiap pelajar.
Ini merupakan satu '*Blessing in Disguise*' , peluang baharu yang lebih lestari, berkualiti dan diyakini masa depannya untuk anak-anak kita.
Kepada *ibu bapa dan pelajar* yang sebelum ini merancang untuk *melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat, usah bimbang*. Pihak *MARA akan terus berhubung dan memberikan panduan* bagi merangka *perancangan alternatif* yang lebih sesuai serta terjamin.
Semoga segala *usaha ini dipermudahkan oleh Allah SWT*. Insya-Allah, dengan iltizam dan kesungguhan bersama, lebih banyak pintu kejayaan akan terbuka buat anak bangsa kita.
#merakyatkanmara
#maragemilang
#hidupbiarberjasa
#hidupkumilikummah
📱TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSkMmAtPF/
📱Facebook : https://web.facebook.com/share/v/1LtknV2zWS/
📱Instagram : https://www.instagram.com/reel/DKeuMlNNM3A/
📱X : https://x.com/drasyrafwajdi/status/1930251458223714343/
📱WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
📱Telegram Channel : https://t.me/myDA
👍
❤️
4