
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
June 6, 2025 at 09:28 AM
*GRADUAN TVET MARA MENDUNIA….*
“*Dr, saya anak MARA! Graduan IKM Kampung Pandan*”. Saya disapa seorang anak muda ketika dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Doha.
“*Bidang apa?”*
“*Sijil Teknologi Fabrikasi*. Saya bekerja dengan *Qatar Airways di Doha* sebagai *mekanik baiki badan kapal terbang*”. Jawabnya ringkas.
“*Boleh saya tahu berapa gaji yang dibayar?”*
“*Dalam RM17 ribu ke RM20 ribu*”.
*Wow! Hebat anak muda berasal dari Merlimau Melaka* yang bernama *Ibrahim* ini. Menurut Ibrahim, *semua batch dia lepasan IKM Kuala Lumpur dapat pekerjaan bergaji* serupa dalam bidang sama dengan beliau. Beliau amat *berbangga menjadi anak MARA*.
*Siapa kata lulusan TVET tidak boleh berjaya?* Bidang *kemahiran dan vokasional yang ditawarkan oleh MARA* sama ada di GiatMARA, Institut Kemahiran MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Malaysia-Japan Industrial Institute (MJII) mahupun di peringkat tertinggi seperti UniKL dan GMI terbukti *mampu melahirkan ramai tenaga kerja mahir* bukan sahaja *untuk negara bahkan ke peringkat antarabangsa*.
*Ibrahim satu contoh bagaimana hanya dengan sijil kompetensi dan profesional bidang TVET* boleh mendapat kerja bergaji besar hingga diiktiraf di peringkat antarabangsa. *Hanya dengan ilmu boleh merubah kehidupan!*
*MARA Terus Mendunia!*
#merakyatkanmara
#maramendunia
#maraperkasa
#hidupbiarberjasa
#hidupkumilikummah
Facebook : https://www.facebook.com/share/p/19iBcc3eQS/
Instagram : https://www.instagram.com/p/DKiSv2Cy3ZY/?
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDA
👍
❤️
4