
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
June 6, 2025 at 09:28 AM
“*Abang saya dulu dapat MRSM*, tapi ibu terpaksa *tolak sebab tak mampu bayar yuran*. Kalau boleh saya *nak sambung belajar oversea untuk bantu keluarga*!”
Kelmarin saya dimaklumkan sahabat saya *Faiz Hashim perihal pelajar cemerlang yang daif, Adik Wan Muhammad Afiq* yang berasal dari *Kuantan, Pahang*.
Anak muda ini hidup dalam *serba kekurangan, ibu suri rumah dan jual kuih* untuk dihantar ke Kedai Bakery; *ayah tiri pula sekadar kelindan lori tanpa pendapatan tetap*. Anak *kedua daripada 7 beradik*. Namun lebih mengagumkan, dalam segala keterbatasan, *Afiq berjaya meraih 11A dalam SPM*.
Sayu hati bila mendengar *impiannya untuk sambung belajar melalui YTP MARA* tersekat bukan kerana kesalahannya, tetapi disebabkan nama ayah kandung yang sudah lebih 10 tahun tidak pernah hadir dalam hidupnya, didapati *disenarai hitam akibat tidak membayar hutang MARA*.
Saya sudah minta *pihak pengurusan MARA meneliti kes ini secara adil*. Anak-anak sekental *Afiq wajar diberikan peluang untuk terbang tinggi*.
*Terima kasih sahabat-sahabat di UMNO Indera Mahkota* yang cakna dan membantu membawa *kisah adik Afiq* ini ke perhatian saya. Doakan *moga Allah permudahkan jalannya dan semoga adik Afiq terus berjaya*. Hanya dengan ilmu pelajaran boleh merubah kehidupan.
#ilmumerubahkehidupan
#merakyatkanmara
#maragemilang
#hidupbiarberjasa
#hidupkumilikummah
#mrsm
Tiktok : https://www.tiktok.com/@drasyrafwajdi/video/7512756063825956104/
Facebook : https://web.facebook.com/share/v/1CuqiLKrJx/
Instagram : https://www.instagram.com/reel/DKjaCahvOUQ/
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDA
❤️
👍
3