DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
June 8, 2025 at 05:16 AM
*Kaunter aduan tanpa mengira tempat….😉* Melayani *anak-anak orang kampung di Pasir Puteh* hari ini yang mengambil kesempatan kehadiran saya di *Majlis Qurban hari raya ke-2* untuk meminta *bantuan MARA* dalam pelbagai perkara termasuk *pendidikan dan pembangunan usahawan*. Salah seorangnya *Adik Siti Umairah anak kampung Gaal Pasir Puteh* yang juga *bekas pelajar MRSM Gerik dan Pengkalan Chepa* yang memperoleh tempat di *Universiti Oxford Brookes*. Pelajar cekal yang *bekerja sambil belajar bagi menyara kehidupannya waktu di UK*. Dapat *penginapan percuma di Oxford* kerana aktif dalam persatuan pelajar dan ditawarkan jadi *Penyelia Asrama dengan gaji £400 sebulan*. Dengan wang dah penginapan percuma dapatlah beliau menampung pengajiannya. InsyaAllah, saya akan bawa kes beliau ini kepada *Jawatankuasa Pendidikan MARA untuk diberikan perhatian dan pertimbangan*. #merakyatkanmara #hidupbiarberjasa #hidupkumilikummah Facebook : https://www.facebook.com/share/p/16pC1YvMQB/ Instagram : https://www.instagram.com/p/DKoGnTdOQRr/ WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDA
❤️ 👍 5

Comments