
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
June 9, 2025 at 02:35 PM
“*Adik-adik saya terpaksa tolak tawaran UMK dan UniSZA* kerana nak kerja dulu. Dia cakap *Kakak lah belajar dulu, kami tanggung kakak. Nanti kita bergilir-gilir*”, jelas adik *Nur Ain Najwa* sambil kelihatan air mata mengalir dari tepi kelopak matanya.
*Nur Ain Najwa* adalah salah seorang *mangsa tragedi kemalangan bas di Tasik Banding Gerik* awal pagi tadi yang amat menyayat hati kita semua.
Beliau *anak yatim, kehilangan tempat bergantung apabila ayahnya meninggal dunia* beberapa tahun lalu. Itupun hanya *Arwah hanya bekerja sebagai pomen* di sebuah kedai baiki kereta. *Ibunya pula sakit, sebelum itu ambil upah cuci rumah* tetangga.
Allah takdirkan pertemuan kami dalam suasana sebegini, ketika saya *melawat mangsa-mangsa kemalangan di Hospital Gerik* pagi tadi.
Lebih menghibakan saya, mendengar *kisah adik-adik kembarnya yang sanggup berkorban buat kakaknya* untuk bekerja mencari nafkah hingga terpaksa *menolak tawaran universiti UMK dan Unisza*.
“*Cuba mohon MARA*, tapi *silap hantar borang hingga permohonan ditolak*. Jadi terpaksalah mereka tolak sambung belajar!” Kata Ain.
*Luluh hati saya mendengar kisah* seperti ini. Sebagai *Pengerusi MARA*, saya akan rasa *amat berdosa jika kes-kes seperti ini MARA tak bantu*. Terus saya bagi nombor telefon peribadi saya untuk dihubungi agar anak-anak yang bijak ini dapat dibantu.
Berkali-kali saya peringatkan agar *jangan sesekali jadikan kekangan kewangan sebagai penghalang untuk menimba ilmu*. Hanya dengan *ilmu sahaja yang boleh merubah kehidupan*.
Moga *Adik Ain segera sembuh dan diberikan ketabahan* untuk lalui perasaan trauma menghadapi insiden kemalangan yang cukup menyayat hati. Beliau ceritakan bagaimana masih *terngiang-ngiang suara rakan-rakan yang mengerang kesakitan* terutamanya yang duduk di sebelah bahagian kiri bas yang melanggar pembahagi jalan.
Ayuh *rakyat Malaysia kita doakan buat semua mangsa dan keluarga* mereka diberikan ketabahan dan kesabaran menghadapi tragedi ini.
Kita turut *berduka bersama mereka*!
#pray4upsi
#upsiberduka
#merakyatkanmara
#hidupbiarberjasa
#hidupkumilikummah
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSkfFTaVk/
Facebook : https://www.facebook.com/share/v/12MK7ri3s3A/
Instagram : https://www.instagram.com/reel/DKrrzFPvmO0/
X : https://x.com/drasyrafwajdi/status/1932076204414415038/
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDA
❤️
😢
👍
5