
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
June 10, 2025 at 10:58 AM
*DI SEBALIK TRAGEDI, TERUKIR JUGA NILAI PENGORBANAN DAN KASIH SAYANG SESAMA INSAN*
Walaupun semalam kita dikejutkan dengan berita *tragedi kemalangan* yang menyayat hati melibatkan *pelajar-pelajar UPSI di Jalan Gerik-Jeli*, namun *masyarakat di Gerik tetap meneruskan ibadah korban* dengan penuh semangat dan keinsafan.
Alhamdulillah, sempena *Hari Raya Aidiladha* tahun ini, saya berpeluang menyampaikan sebanyak *54 ekor lembu korban* bagi pihak para penyumbang budiman untuk *diagihkan kepada golongan asnaf, penduduk kampung serta komuniti setempat di seluruh Parlimen Gerik*.
*Majlis Korban Perdana anjuran DAWD dan UMNO Bahagian Gerik* ini berlangsung penuh muafakat di *Padang Kampung Jong*, dengan penglibatan lebih *2,500 sukarelawan dari pelbagai agensi dan masyarakat*. *Terima kasih* kepada semua *28 agensi kerajaan dan NGO* yang berganding bahu menjayakan program ini.
*Terima kasih* juga kepada semua pihak yang *bermurah hati menyumbang lembu korban* pada tahun ini. *Semoga Allah SWT menerima segala amal jariah dan pengorbanan* ini sebagai bekal akhirat kita semua.
Semoga *Aidiladha ini menjadi titik kebersamaan yang mempereratkan ukhuwah* serta menyuburkan semangat khidmat untuk rakyat.
#gerikdihatiku
#hidupbiarberjasa
#hidupkumilikummah
📱TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSkPpaqU7/
📱Facebook : https://www.facebook.com/share/v/1CNok2iTao/
📱Instagram : https://www.instagram.com/reel/DKt5uefuW7w/
📱X: https://x.com/drasyrafwajdi/status/1932391208304914527?s=46
📱WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
📱Telegram Channel : https://t.me/myDA
👍
❤️
3