
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
June 11, 2025 at 10:06 AM
*MARA BANTU BUMIPUTERA BUKA BENGKEL MOTOSIKAL PROFESIONAL*
Alhamdulillah, hari ini satu lagi *usaha besar MARA bersama PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)* berjaya direalisasikan melalui pelancaran *Program PUMP MotoExpert MARA-PETRONAS* bertempat di *Royale Chulan, Damansara*.
Program ini dirangka khas untuk memperkasa *usahawan Bumiputera dalam industri penyelenggaraan dan baik pulih motosikal*. Dengan peruntukan sebanyak *RM6 juta*, program ini menawarkan *peluang pembiayaan sehingga RM300 ribu kepada usahawan* yang terpilih, lengkap dengan latihan teknikal berstruktur, penjenamaan semula premis, rantaian bekalan alat ganti secara terus, serta sistem operasi bengkel yang lebih efisien dan kompetitif.
Menariknya, usahawan *MotoExpert* akan menerima bekalan produk *minyak pelincir jenama PETRONAS Sprinta terus daripada PLMM tanpa melalui orang tengah*, yang membolehkan mereka memperoleh margin keuntungan lebih baik dan daya saing yang lebih kukuh dalam pasaran.
Pada hari ini sahaja, seramai *96 usahawan hadir dalam sesi taklimat dan temuduga*, dan apa yang lebih membanggakan *hampir separuh daripadanya merupakan lepasan institusi TVET MARA seperti GiatMARA, IKM dan KKTM*. Ini membuktikan betapa *ekosistem pendidikan TVET MARA* bukan sahaja *melahirkan tenaga kerja berkemahiran, malah melahirkan usahawan* yang bersedia mencipta peluang pekerjaan untuk orang lain.
Bagi fasa permulaan, sasaran kita ialah untuk melahirkan *sekurang-kurangnya 30 bengkel usahawan MotoExpert beroperasi dalam tahun ini*. InsyaAllah, selepas ini kita akan teruskan pengembangan program ini ke *seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak* bagi memastikan lebih ramai anak-anak Bumiputera mendapat peluang memperkukuh ekonomi keluarga dan komuniti mereka.
*MARA komited bukan sekadar melatih tenaga mahir*, tetapi membimbing mereka untuk berani menceburi dunia perniagaan secara tersusun dan mampan.
Saya juga mengambil kesempatan ini merakamkan *penghargaan kepada pihak PETRONAS atas komitmen besar mereka untuk bersama-sama MARA* memperkukuh *agenda pembangunan keusahawanan Bumiputera*, sekaligus memperkasa ekosistem industri motosikal dalam negara kita.
#merakyatkanmara
#maragemilang
#pumpmotoexpert
#marapetronas
#maragemilang
#hidupbiarberjasa
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSkaQX3Ld/
Facebook : https://www.facebook.com/share/v/197x3Twimv/
Instagram : https://www.instagram.com/reel/DKwZeHUBKVO/
X : https://x.com/drasyrafwajdi/status/1932736852542529687
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDA
👍
❤️
4