
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
June 13, 2025 at 02:29 AM
*PEMERKASAAN MRSM DAN SBP*
Pagi ini berkesempatan berbincang dengan *YB Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek* mengenai *agenda pemerkasaan pendidikan anak bangsa*. Ini termasuklah untuk *menyelaras sistem kemasukan dan pengambilan pelajar-pelajar SBP dan MRSM* dengan menggunakan *satu sahaja sistem penilaian kemasukan*.
InsyaAllah, *YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi* akan *mempengerusikan mesyuarat penyelarasan antara Kementerian Pendidikan dan MARA* untuk memastikan *ekosistem pendidikan KPM dan MARA akan sentiasa diperkukuhkan* dan saling lengkap-melengkapi bagi membangunkan generasi yang holistik dan seimbang seiring dengan *Falsafah Pendidikan Negara*.
#merakyatkanmara
#mrsm
#hidupbiarberjasa
#hidupkumilikummah
Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1B95d9KxwM/
Instagram : https://www.instagram.com/p/DK0tauwyeLK/
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDA
❤️
👍
4