
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
June 17, 2025 at 03:29 PM
“*You are doing a good job at MARA. Teruskan bantu anak-anak Melayu*”
Tersipu-sipu malu saya apabila tiba-tiba *Raja Muda Perak Duli Yang Teramat Mulia Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa* bertitah pada saya di hadapan *Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah*.
Kebetulan hari ini saya turut menghadiri £Majlis Perasmian Dataran Waterfront Bagan Datuk* yang disempurnakan oleh *DYMM Paduka Seri Sultan Perak*.
*Dataran Waterfront Bagan Datuk* kini menjadi satu lagi *mercu tanda baharu yang bukan sahaja memperindahkan landskap Bagan Datuk*, tetapi membuka potensi besar kepada sektor *pelancongan dan ekonomi tempatan*.
Inilah sebahagian usaha berterusan untuk merancakkan *pembangunan luar bandar, khususnya di kawasan Bagan Datuk* yang diusahakan oleh *YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia* merangkap *Ahli Parlimen Bagan Datuk*.
InsyaAllah, *titah kata-kata Raja Muda Perak menjadi pembakar semangat* buat saya untuk terus *menggalas amanah besar bangsa melalui MARA* untuk memartabatkan *agenda pendidikan dan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera*.
#merakyatkanmara
#hidupkumilikummah
#hidupbiarberjasa
Facebook : https://www.facebook.com/share/p/16nMg6ePez/
Instagram : https://www.instagram.com/p/DLAIVZjyshD/
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDA
👍
❤️
3