DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
June 17, 2025 at 09:54 PM
*TERJAH MRSM PASIR SALAK* Seusai program-program di Bagan Datuk pagi tadi, saya *mengambil peluang untuk terjah ke MRSM Pasir Salak, Kampung Gajah, Perak*. *Tanpa sebarang makluman awal* kepada pihak pengurusan, pengawal keselamatan pun agak *terkejut apabila melihat saya tiba-tiba muncul untuk meninjau suasana maktab* petang tadi. Saya terus berjalan meninjau *kawasan dapur* di *dewan makan* sebelum melangkah masuk ke *surau*. Subhanallah, hati terasa begitu tenang apabila melihat *para pelajar sedang berjemaah membaca Surah Yaasin* selepas solat Asar. *Pembudayaan rohani* seperti *bacaan surah pilihan dan al-Mathurat* begitu subur di kalangan warga MRSM. Inilah suasana pendidikan yang kita impikan serta mampu *membina insan berilmu dan berakhlak mulia*. Saya sempat bersama para pelajar, mendengar *luahan dan menjawab persoalan mereka* yang berkait rapat dengan *soal pendidikan dan juga kebajikan* mereka. Dalam lawatan ringkas ini, saya turut meninjau *progres baik pulih beberapa kemudahan* penting seperti *asrama lelaki & perempuan, pembinaan jejantas, tandas-tandas pelajar serta isu capaian internet* yang sedikit mengganggu proses pembelajaran digital para pelajar. InsyaAllah, perkara ini akan saya *panjangkan kepada pihak MCMC agar satu penyelesaian tuntas* dapat dicapai demi keselesaan dan kelangsungan pembelajaran anak-anak kita. Bagi kami di *MARA, kebajikan dan keselesaan pelajar sentiasa menjadi keutamaan*. Merekalah merupakan pewaris masa depan bangsa dan negara. MARA akan terus menjadi *pemudah cara menyediakan ruang, peluang dan laluan terbaik* buat anak-anak ini melakar kejayaan sehingga ke peringkat tertinggi. #merakyatkanmara #maragemilang #hidupkumilikummah #hidupbiarberjasa Facebook : https://www.facebook.com/share/p/16UkQfjwxM/ Instagram : https://www.instagram.com/p/DLAUg8NhV_j/ WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDA
👍 2

Comments