DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
June 18, 2025 at 10:43 AM
*IMPIAN ADIK HARTINI JADI DOKTOR UNTUK RAWAT IBU SENDIRI* *“Kalau boleh tebuk (hafaz), baru saya luluskan.”* Itulah usik mesra saya kepada *adik Nur Hartini Hidayah, pelajar cemerlang 11A SPM* dari *Kampung Sungai Karang Darat, Kuantan*. Saya menerima perkhabaran daripada sahabat saya, *Dato’ Ahmad Farhan Fauzi , Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia*, tentang seorang *anak mekanik* yang luar biasa semangatnya. Ayahnya hanyalah seorang *mekanik di kampung* manakala ibunya pula *tidak bekerja kerana sedang menjalani rawatan dialisis*. Dalam rumah yang serba sederhana, dia membina *impian untuk menjadi doktor untuk merawat ibunya* sendiri. Saya terus tawarkan *adik Hartini untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir*. “*Kalau bersetuju, kita akan bantu Hartini ke Mesir*. *MARA* baru buka laluan kerjasama dengan *Universiti Al-Azhar untuk pelajar perubatan*.” *Mesir mungkin jauh, tapi impian itu kini lebih dekat*. Anak ini tidak pernah meminta simpati. Yang dia minta hanyalah *satu peluang untuk berjaya* dan MARA akan penuhi impian adik ini. Saya percaya, satu hari nanti, dia bukan sahaja akan menggalas nama keluarganya dengan bangga, malah akan *kembali sebagai doktor yang menyentuh ribuan jiwa*, bermula dengan ibunya sendiri. InsyaAllah, kami di *MARA komited membantu anak-anak bumiputera* yang berpotensi untuk *mencapai impian* mereka, walau *dari ceruk kampung yang paling terpencil* sekalipun. #merakyatkanmara #maragemilang #hidupbiarberjasa #hidupkumilikummah #malaysiamadani TikTok : https://www.tiktok.com/@drasyrafwajdi/video/7517233076481608967/ X : https://x.com/drasyrafwajdi/status/1935283636611465533/ Instagram : https://www.instagram.com/reel/DLCeK0FNxrC/ Facebook : https://www.facebook.com/share/v/1AyzQrVLh9/ WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDA
👍 2

Comments