
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
June 19, 2025 at 12:04 PM
*IMPIAN MERAWAT IBU SENDIRI TIDAK KESAMPAIAN…..*
Baru *kelmarin saya berkesempatan bercakap* dengan seorang pelajar cemerlang, *Nur Hartini Hidayah*, anak mekanik dari *Kampung Sungai Karang Darat, Kuantan yang meraih 11A* dalam SPM.
Kami berbual penuh *harapan tentang impiannya untuk menjadi doktor* kerana ingin *merawat ibu* yang sedang dalam rawatan dialisis.
Namun, pagi ini saya *menerima perkhabaran yang amat memilukan, ibunya telah kembali ke rahmatullah*.
*Luluh hati* saya mendengar berita ini.
*Impian seorang ibu* untuk melihat *anaknya berjaya sebagai doktor belum sempat ditunaikan*. Saya terus menghubungi rakan saya, *Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota, Saudara Nik Mohd Ridzuan* untuk *menziarahi keluarga adik Hartini*, sampaikan bantuan kepada adik dan sempat menitipkan kata semangat buatnya.
*InsyaAllah, MARA tetap akan membantu adik Hartini* meneruskan *pengajian ke Mesir*. Biarpun ibunya telah tiada, *impian arwah tidak akan kami biarkan terkubur.*
Kami di *MARA komited untuk terus menjadi pemegang harapan anak-anak bumiputera* agar mereka tidak berjuang sendirian.
Dan kami percaya, satu hari nanti, *adik Hartini akan kembali sebagai seorang doktor dan setiap rawatan* yang diberikannya, adalah *hadiah buat arwah ibunya*.
Marilah sama-sama *sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ibu adik Hartini, Allahyarhamah Roselawati Binti Ibrahim @ Mohd Ali*. Semoga Allah tempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman dan dikasihi.
#merakyatkanmara
#maragemilang
#hidupbiarberjasa
#hidupkumilikummah
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSkGNeujw/
X : https://x.com/drasyrafwajdi/status/1935668132548620763/
Instagram : https://www.instagram.com/reel/DLFM_LmBJsH/
Facebook : https://www.facebook.com/share/v/1G4dyqNGzH/
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDA
😢
🙏
4