Public Gold Malaysia
Public Gold Malaysia
June 14, 2025 at 01:14 AM
*"Kalau Emas Sangat Penting Melebihi Duit, Kenapa Orang Beli Emas Guna Duit?"* Penyimpan emas wajib hafal jawapan ni, jika tidak, anda akan kena chekmate dengan ejen Pinjaman ASB? Penerangan ini agak panjang, tetapi ia akan bagi kefahaman kepada anda. Ramai yang gunakan point ini untuk berhujah membuat perbandingan antara emas dengan duit. Sebenarnya bukan perbandingan antara emas dengan duit. Emas ialah Emas & Duit ialah duit. Dua perkara yang berbeza. Emas nilainya berdiri sendiri, manakala duit nilainya dijamin oleh sesebuah negara. Emas adalah salah satu pengikat nilai. Dan dalam masa yang sama emas pernah dijadikan sebagai matawang. Ada orang ikat nilai duit dengan Hartanah. Ada orang ikat nilai duit dengan crypto. Ada orang ikat nilai duit dengan emas. Tujuannya hanya untuk pastikan nilainduit itu tak hilang atau susut. Sebab itu, bila berlaku perang atau tidak ketentuan ekonomi, harga emas akan naik. Ramai pelabur besar, jutawan, tukarkan duit mereka kepada emas. Tujuannya untuk mengikat nilai kekayaan mereka. Cara nak tukarkan duit kepada emas sudah tentulah dengan cara "Membeli" emas pada harga semasa ketika itu. Nilai emas tidak tetap, bergantung kepada permintaan dan penawaran. Jika nilai duit lebih rendah, maka nilai emas akan kelihatan lebih mahal. Apabila permintaan emas meningkat, harga emas juga akan meningkat. Persoalan, Kenapa pelabur tak tukarkan kepada tanaman atau ternakan? Jawapannya, kerana tanaman & ternakan ada expired date. Boleh musnah. Emas tiada expired date. Tidak berkarat. Malah, jika hancur sekalipun, emas tetap bernilai dan berharga. Saya bagi contoh lain, Sistem Pertukaran Barangan.(Sistem Barter) Ikan tukar dengan tanaman. Daging tukar dengan beras. Buah tukar dengan ikan. Dalam situasi ini, bagaiman emas menjadi penyimpan nilai? Jawapannya, tak semua petani atau penternak akan simpan bekalan sepenuhnya beras atau haiwan untuk tempoh bertahun-tahun. Tak semua nelayan akan simpan ikan bertan-tan untuk tahan setahun. Mereka akan tukarkan sebahagian kepada emas. Tujuannya untuk melindungi nilai barangan mereka kerana barangan mereka mempunyai susut nilai akibat expired date samada disebabkan kemusnahan, kematian, atau rosak. Duit adalah alat yang digunakan sebagai medium pertukaran untuk memudahkan penentu nilai sesuatu barang. Jadi, duit tidak terhad kepada kertas atau syiling semata-mata. Duit yang sebenar, ialah sesuatu yang nilainya boleh ditukar dengan sesuatu yang lain. Dan EMAS adalah duit yang sebenar kerana nilainya terletak pada emas itu sendiri. Tidak seperti wang kertas atau syiling, yang mana nilai nya hanya dijamin oleh kerajaan. Jika terkoyak atau rosak, atau bertukar kerajaan , nilainya automatik akan hilang. Jadi, jika anda terjumpa dengan "Pakar Hujah" yang menyoal anda seperti itu. Maka inilah jawapan. *Shahril Norazmi | Abam Trafik* Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Comments