Public Gold Malaysia
Public Gold Malaysia
June 16, 2025 at 06:03 AM
Apakah kesan jika Iran menutup selat Hormuz? Sebagai penyimpan emas, kita perlu ambil tahu konflik peperangan yang sedang berlaku antara Iran dan Israel. Iran telah memberi amaran akan menutup selat Hormuz. Apakah ia memberi kesan kepada harga emas? Ya, secara dasarnya, harga emas akan naik apabila berlaku krisis perang. Seterusnya, apa yang berlaku sekiranya Iran menutup selat Hormuz. Selat Hormuz adalah laluan perdagangan minyak mentah dunia. 20% minyak dunia melalui selat ini. Jika Iran buat keputusan untuk tutup selat ini, maka harga minyak dunia akan melambung. Kos operasi perniagaan akan meningkat, harga barang akan naik, kos import akan naik, dan inflasi akan naik mendadak. Peperangan yang berlaku akan membuatkan harga emas naik. Dan jika Iran buat keputusan untuk tutup selat Hormuz, maka harga emas akan semakin melonjak disebabkan Inflasi. Inflasi menyebabkan nilai matawang semakin susut. Maka harga emas kelihatan naik, sedangkan wang kertas yang jatuh mendadak. Boleh faham kan, kenapa emas digelar sebagai pengikat nilai matawang? Shahril Norazmi Dealer Aktif Public Gold Linktr.ee/ShahrilNorazmi
Image from Public Gold Malaysia: Apakah kesan jika Iran menutup selat Hormuz?  Sebagai penyimpan emas, ...
👍 1

Comments