Public Gold Malaysia
June 18, 2025 at 09:19 AM
*Berapa gram emas yang perlu diletakkan sebagai matlamat?*
Jawapan soalan ini adalah bergantung kepada jumlah kos hidup anda setiap bulan.
Soalan ini sama seperti, "Berapa banyak perlu saya simpan kekayaan?"
Untuk menjawab soalan ini, kita perlu faham, apakah maksud sebenar kekayaan.
Kekayaan bukanlah bermaksud saiz rumah yang kita duduk, jenama kereta yang kita pandu, atau kasut apa yang kita pakai.
Tetapi kekayaan adalah bermaksud sejauh mana harta yang kita kumpul itu mampu bertahan ketika kita tiada lagi pendapatan.
Jadi, berbalik kepada soalan "Berapa banyak emas yang perlu saya kumpul sebagai matlamat?"
Jawapannya ialah seberapa banyak yang kita mampu sebagai persediaan apabila kita tiada lagi pendapatan.
Untuk permulaan, letakkan 3 bulan gaji sebagai matlamat pertama.
Apabila matlamat itu tercapai, letakkan matlamat kedua iaitu 6 bulan gaji, seterusnya setahun gaji.
Jika gaji anda contohnya RM5000 sebulan, maka simpanan setahun anda bersama-sama RM60,000.
Ini bersamaan dengan 120 gram emas jika dikira dengan nilai emas semasa RM500 per gram.
Buatlah kiraan sendiri berdasarkan pendapatan bulanan masing-masing dan mula cipta matlamat anda.
Tanpa matlamat, anda diibaratkan seperti berlari ditempat yang sama.
Kerjalah bertahun-tahun, dapat gaji bayar hutang, simpan sikit korek balik, tak cukup duit, tambah hutang, akhirnya bersara dalam keadaan miskin.
Keputusan yang kita usahakan pada hari ini menentukan tahap kehidupan kita pada 10-20 tahun akan datang.
Kita buat, kita dapat.
Kita simpan, kita selamat.
Kita abai, kita mudarat.
Faham sesuatu?
Shahril Norazmi | Abam Trafik
PG00190571
Official Dealer
Public Gold
Website: bit.ly/PublicGoldShahrilNorazmi