
Public Gold Malaysia
June 18, 2025 at 10:31 PM
Saya mula beli emas sejak tahun 2013, tetapi saya beli emas yang salah. Saya beli emas perhiasan. Masa tu tiada ilmu.
Waktu itu saya terbaca tentang ilmu akhir zaman, kata ustaz tersebut,
"Pada akhir zaman ni, siapa yang ada emas, mereka akan dapat bertahan ketika berlakunya huru-hara."
Bila datang saat itu, sistem akan down, wang kertas akan hilang nilai dan manusia akan kembali kepada sistem pertukaran untuk mendapatkan bekalan.
Yang kekal bernilai waktu itu adalah emas. Siapa ada emas, dia dapat kawal market.
Siapa ada emas, dia ada makanan, minuman, dan bekalan keperluan.
Ya, siapa ada makanan, dia juga mampu bertahan, tetapi makanan ada limit tarikh luput dan tidak mampu bertahan lama.
Kita ambil iktibar daripada covid-19 beberapa tahun lalu. Berapa tahun kita terkurung. Itu mujur kerajaan mampu menyalurkan bekalan. Apabila berlaku kekacauan yang sebenar, tiada siapa yang akan memberikan bekalan. Siapa ada persediaan, dia selamat.
Pernah juga saya terbaca, "Yang ada 100gram emas pun diibaratkan seperti nyawa-nyawa ikan. Cukup sekadar bertahan"
Disebabkan humor inilah saya beriya-iya beli emas untuk isteri. Dalam masa beberapa tahun, isteri wajib tunaikan zakat emas.
Masih tak cukup, pada tahun 2018 saya belajar ilmu emas yang betul. Barulah saya menabung emas bersama Public Gold pula.
Alhamdulillah, selepas 4 tahun, saya pula layak tunaikan zakat emas.
Inilah persediaan yang saya lakukan selama ini.
Ada juga yang kata pada saya,
"Jangan fikir extreme sangat Ril. Susah kau nak hidup kalau macam ni. Hidup dalam ketakutan"
Saya balas balik,
"Kalau tak berlaku Alhamdulillah, saya tak rugi pun beli emas. Tapi kalau ditakdirkan berlaku, sekurangnya saya dah ada persediaan untuk keluarga saya."
Saya sambung lagi,
"Bayangkan, encik ada anak kecil menangis lapar nak susu. Tapi nak beli susu tak ada duit. Nak keluarkan duit, ATM tak keluarkan duit. Nilai duit jatuhkan mendadak. Nak isi minyak, beratur panjang, harga minyak naik mendadak sebab permintaan meningkat. Cuba bayangkan keadaan tu. Kalau tak berlaku takpa, Alhamdulillah. Tapi kalau berlaku?"
Inilah pemikiran saya sejak dulu sampai kini. Sentiasa bersedia.
Terpulang pada pendirian masing-masing. Mungkin ada yang akan kata pemikiran saya terlalu extreme dan bersangka buruk.
Pada saya, disebabkan terlalu selesa dan langsung tidak fikirkan masa depanlah ramai yang menjadi miskin selepas bersara.
Mereka hanya fikirkan tentang hari esok dan tidak pernah fikirkan "Apa aku akan makan pada 20 tahun ke hadapan?"
Faham maksud saya?
Shahril Norazmi | Abam Trafik
PG00190571
Official Dealer
Public Gold
Website: bit.ly/PublicGoldShahrilNorazmi

❤️
1