Financials, Wealths, Investment's & Other's Affair's Literacies, Education's & Knowledge's.
Financials, Wealths, Investment's & Other's Affair's Literacies, Education's & Knowledge's.
June 8, 2025 at 03:12 PM
5 TIPS UTAMA UNTUK MENJADI INSAN YANG MAHMING UNGOGGEKABLE KEWANGAN ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Awas, Panjang ! Ini ialah 5 benda yang anda kena pegang sekiranya anda nak perkukuhkan kewangan anda dan menjadi seorang jutawan. So ayuh kita Roll Camera, Action, Zass ! 1. Tip Numero Uno :- • Jangan naikkan gaya hidup anda terlalu pantas. • Kawal lah perbelanjaan anda dan nafsu nak berhutang sebelum perbelanjaan anda pula yang mengawal hidup anda. • Majoriti orang buat kesilapan besar ini. Bila gaji naik 10%, mereka pun naikkan ansuran hutang dan ansuran merepek mereka 10% juga. • Naik gaji sikit, mula lah upgrade kereta. Mula lah tambah air filter bayar ansuran. Mula lah upgrade tempat shopping dari Plaza PKNS ke Pavilion ! • Ini kita panggil sebagai Life Style Creep. • Mereka lupa yang bila gaji naik, mereka mungkin masuk ke tangga cukai yang lebih tinggi dan kadar dia lebih banyak. • Lagi banyak pendapatan anda, lebih melampau LHDN hisap darah anda. • Jadi tenang, jangan khayal sangat bila gaji naik. Baik anda naikan kadar simpanan atau pelaburan mudah cair anda setiap kali gaji anda naik. • Kena ingat setiap tahun harga barang naik sebab inflasi negara. Kita tidak tahu apa lagi subsidi yang kerajaan nak potong selepas ini. • Jadi jangan fikir gaji naik 10% anda dapat bersih 10%. Kadang-kala inflasi pun dah 4% ! 2. Tip Numero Dos :- • Jangan jadi pokai dan kering kantung rizab anda hanya demi nak orang nampak anda kaya. • Lagi elok anda hidup macam seorang undercover millionaire. Anda jutawan tapi nampak sempoi saja. Zuhud. • Imbangkan harta mudah cair dan harta payah nak cair • Tapi kalau ada banyak duit lebihan, tidak salah nak bergaya. Jangan lah pakai singlet saja setiap hari dan bulu hidung panjang tidak terurus. Kemas lah sikit. Mark Zuckerberg lah konon. Puii !!! • Tapi realitinya macam itu lah dekat Malaysia. Kerja gaji RM2,000 tapi pakai Honda City 750 sebulan. Ansuran kereta ini patut tidak lebih 10% saja dari gaji sebulan. • Korang punya ansuran kereta lebih 10% gaji bersih korang kan ? Patut lah korang tidak kaya-kaya ! • Tahukah korang, kalau anak muda B40 usia 23 tahun fresh graduate simpan duit RM100 saja sebulan dekat tempat yang mampu bagi pulangan 10% setahun secara long term, anak muda itu boleh jadi jutawan bila sudah usia 70 tahun ? • Jadi kenapa nak bazirkan RM100 itu dekat ansuran kereta ? Itu baru seratus sebulan. Kalau 500 sebulan ? Rugi wei !!! 3. Tip Numero Tres :- • Siapa yang anda kahwini akan menentukan samada anda boleh jadi kaya atau tidak. Pilih pasangan betul-betul. • Bukan bererti anda kena kahwin dengan anak lord. Ada orang kahwin dengan anak Dato pun end up lagi hancuss. • Maksud di sini ialah anda kena kahwin dengan pasangan yang celik kewangan dan sanggup berkongsi harta sepencarian. • Maknanya duit aku duit kau. Duit kau duit aku. Bila buat keputusan nak berbelanja, pasangan ini kena sepakat. • Kalau anda perempuan, hati-hati cari suami yang jenis nak pasang empat muda-muda lagi. • Masa muda memang lah indah semua. Bila 4 bini sudah kerepot mula lah anak-anak bergaduh berebut harta. Sedap sekejap saja actually. Tapi effect dia bila anda tua nanti. 4. Tip Numero Cuatro :- • Risiko terbesar ialah dengan bergantung dengan satu saluran pendapatan sahaja. Jangan letakkan semua telur dalam satu bekas sahaja. • Buat lah kerja sampingan untuk tingkatkan skills anda. • Antara skill penting ialah soft skills, communication skills, copywriting skills, marketing skills, selling skills, financial skills dan networking skills. • Atau anda kena pandai menyimpan dan melabur sehingga lah hasil simpanan dan pelaburan anda mampu menjadi sumber pendapatan bulanan anda. 5. Tip Numero Cinco :- • Jangan jadi lebih sudu dari kuah. Jangan belanja lagi besar dari pendapatan anda. That is a financial suicide ! • Ini yang banyak orang buat salah. Gaji kecil, tapi hidup dengan duit daripada masa hadapan. • Tidak mampu nak beli sesuatu, mereka swipe kad kredit. • Mereka buat pinjaman peribadi. Mereka berfikiran short term. Selepas itu menyesal lah sampai ke sudah. • Tiada duit itu buat lah cara tiada duit !!! Tidak payah nak berlagak kaya sangat lah dik oi ! Ada faham ? 6. Teladan Coretan Ini :- Anda kena jadi cakna kewangan sedari muda lagi. Cuba check girlfriend atau boyfriend anda. Anda rasa mereka ini jenis bangang kewangan kah atau celik kewangan ? Tapi check diri anda dulu. Jangan lupa. Anda ini jenis bangang atau bijak ? Jangan jadi baghal kewangan ya ?

Comments