Financials, Wealths, Investment's & Other's Affair's Literacies, Education's & Knowledge's.
Financials, Wealths, Investment's & Other's Affair's Literacies, Education's & Knowledge's.
June 8, 2025 at 03:13 PM
Dave Ramsey telah menjalankan kaji selidik ke atas 10 Ribu Jutawan di USA. Ini hasil kajian dan saranan Dave mengenai kereta. 1. Dave Ramsey ialah lawan kepada Robert Kiyosaki. Selama lebih 30 tahun, beliau mengajar cara untuk menjadi seorang jutawan yang tenang tanpa perlu berhutang. Jelas, beliau seorang yang anti kepada sebarang hutang. Let us start with this note 2. Jutawan di takrifkan sebagai seseorang yang mempunyai nett worth melebihi 1 juta USD (kalau di Malaysia 1 juta MYR). Nett Worth = Asset - Liabilty. Hutang dan komitmen ialah liability termasuk iansuran merepek macam water filter dan phone tablet perabot semua. Water filter itu bagus. Ansuran itu tidak bagus. 3. Majoriti jutawan yang di temuduga Team Ramsey Research memakai kereta Toyota atau Honda. 4. Majoriti Jutawan di USA memilih kereta yang tahan lasak dan kereta pre loved atau terpakai dari dealers sebab mereka nak mengelakkan susut nilai yang sangat teruk untuk kereta baru untuk 3 tahun pertama. Dan mereka beli secara tunai. 5. Dave selalu kata, purata ansuran kereta di USA ialah 496 USD sebulan dan ansuran di USA sudah teruk sangat sebab kena tarik 8 tahun ! Sekarang banyak rakyat USA jadi hamba kepada kereta sebab berhutang kepada bank dan dealers. 6. Dave kata, sepatutnya anda beli kereta secara tunai sahaja. Kereta mesti harga jangan lebih 6 bulan pendapatan bersih anda campur pendapatan pasangan anda sahaja. Kalau anda terpaksa hutang juga, pastikan ansuran itu tempoh maksima 3-4 tahun sahaja. Ansuran kereta tidak boleh lebih 10% pendapatan bersih bulan seisi rumah. Kalau boleh letak sebanyak mungkin downpayment. Seeloknya minima 40% daripada harga kereta. Tidak mampu jangan beli ! 7. Kena ajar anak-anak kita agar jangan fikir it is okay untuk berhutang untuk memiliki kereta. Orang lain semua berhutang sampai mati untuk berkereta sampai mati, so okay lah kan kata anda. Ingat, majoriti orang pokai dan bukan jutawan. Jangan ikut majoriti. Didik anak anda nak ada kereta, simpan dan labur dulu, baru beli. Kalau nak beli guna hutang minima juga, bayar ansuran tu menggunakan hasil pendapatan pasif. 8. Kenapa Toyota dan Honda (Termasuk Lexus - Luxury Division Toyota dan Acura - Luxury Division Honda ?) Sebab kereta ini tahan lasak dan tidak jadi money pit (lubang bakar duit). Jutawan di USA tidak suka bazir masa dan duit baiki kereta. 9. Cara betul beli kereta mengikut Dave ialah simpan duit dalam mutual funds (unit amanah) yang ada saham dari USA. Dia tidak cakap unit amanah China kah, Malaysia kah, Australia kah. Dia kata mesti unit amanah yang ada growth stocks dari USA. Unit amanah itu mesti lah benchmarked samada against S&P 500 atau Nasdaq 100. Tahukah anda purata pulangan 38 tahun Nasdaq 100 ialah 18% setahun ? Tahukah anda sekiranya anda beli dana unit amanah yang ikut Nasdaq 100, even kalau anda carum 100 sahaja sebulan, anda boleh jadi jutawan tidak sampai 40 tahun mencarum ? Sebab itu Dave tidak mahu anda buang duit bayar ansuran kereta banyak sangat. Baik labur dekat dana unit amanah yang ada saham dari USA. Kereta itu akan menghalang anda menjadi jutawan. Itu baru 100 sebulan. Kalau dekat Malaysia kita bazirkan banyak sangat untuk hutang kereta kan ? 10. Ada satu jenama kereta selain Honda dan Toyota yang Dave selalu sebut. Terkejut juga nama jenama ini. Tapi agaknya syarikat itu banyak produce trucks dan SUV. Geng Amarekka gemuk gedempol dan suka trucks. Jenama itu ialah FORD. Biar betik ! Trauma sikit dengan Ford tapi itu lah hasil kajian Dave. 11. So ideanya ialah anda kena ajar anak anda untuk beli kereta tanpa hutang dan kalau hutang pun, ansuran maksima 3-4 tahun sahaja. Selepas sudah tiada hutang dan ansuran sudah, pakai kereta itu sampai lunyai sementara itu simpan dekat sudah dana unit amanah yang ada saham patuh shariah USA. Sampai cukup untuk beli kereta seterusnya samada beli tunai atau hutang 60% dari harga kereta, ansuran tidak lebih 10% pendapatan bersih anak, dan tempoh ansuran 3-4 tahun. Repeat sampai mati. Jangan biarkan keinginan anda untuk berkereta menyebabkan anda jadi hamba kepada kereta itu ! 12. Last sekali, kalau dekat USA, Dave tidak beli emas sebab emas tidak untung long term sangat kalau beli guna USD. Tapi di Malaysia, emas bagus dengan purata pulangan antara 8% ke 10% setahun for long term CAGR (compounded annual growth rate). So beli lah emas selain unit amanah yang ada saham dari USA yang patuh shariah. Anda boleh beli di MIGA-i (Maybank Investment Gold Account-Islamic di Maybank2u). Spread dan harga belian murah sangat. Atau Bursa Gold Dinner (beli melalui apps). Spread sangat rendah. Kalau anda nak beli emas fizikal, MIGA-i pun boleh convert ke fizikal. Atau beli emas fizikal Public Gold kah atau KAB kah, dan sebagainya. Yang penting labur mid to long term. Lagi rendah spread, lagi bagus.

Comments