
Financials, Wealths, Investment's & Other's Affair's Literacies, Education's & Knowledge's.
June 8, 2025 at 03:16 PM
7 Aras Kebebasan Kewangan. Majoriti daripada kita tersekat di aras #2 disebabkan nafsu untuk kelihatan kaya melebihi kemampuan menjana pendapatan. Anda pula di tahap mana ?
1. Kejelasan Kewangan (Financial Clarity) :-
• Ini ialah peringkat di mana anda sedang menentukan dekat mana anda sedang berada sekarang, dan ke mana anda nak pergi.
• Banyak orang tidak kisah pun dekat mana mereka berada. Kata mereka ulat bawah batu pun boleh hidup.
• Banyak orang hidup tanpa perancangan. Mereka kata nanti naik lah gaji bila kerja kuat. Esok-esok pencen lambat lagi.
• Jangan ! Anda perlu tahu di mana anda berada sekarang. Berapa pendapatan anda sekarang.
• Berapa pendapatan bersih anda. Berapa cukai anda kena bayar. Berapa zakat anda kena bayar.
• Berapa perbelanjaan bulanan anda. Anda kena ada belanjawan bertulis. Anda mesti tahu setiap alamat ke mana setiap duit anda akan pergi.
• Anda tahu berapa banyak hutang anda. Anda tahu berapa banyak untung bank yang anda kena bayar.
• Anda tahu dekat mana nak simpan duit. Anda tahu dekat mana nak labur duit.
• Dan anda mula ingin belajar beza simpanan dan pelaburan.
2. Cukup Makan (Self-Sufficiency) :-
• Anda tidak lagi hidup bergantung dengan ibu dan bapa anda dan anda tidak lagi tinggal serumah dengan mereka.
• Pendapatan anda cukup-cukup cover perbelanjaan anda.
• Tiada duit lebihan pun setiap bulan.
• Akhir bulan saja, baki dalam bank tinggal kosong. Padahal anda tidak sempat pun simpan sesen pun atau melabur.
• Lagi teruk, perbelanjaan anda melebihi pendapatan anda. Aliran tunai bulanan anda negatif.
• Banyak orang mula hidup guna kad kredit. Nak isi minyak, tiada duit, mereka swipe kad kredit. Nak makan, mereka swipe kad kredit.
• Kerja mereka ialah gali lubang tutup lubang.
• Jangan ! Aliran tunai tidak boleh negatif ! Paling teruk kena cukup-cukup makan !
3. Ruang Bernafas (Breathing Room) :-
• Anda mula ada aliran tunai bulanan yang positif.
• Anda tidak lagi pokai di hujung bulan dan mengira bila lah duit gaji nak masuk ini ?
• Anda sudah mula mampu menyimpan duit lebihan itu.
• Antara instrumen kewangan di mana anda boleh simpan duit di mana modal anda stabil dan tak terdedah kepada risiko kerugian ialah :
1. Current Account
2. Savings Account
3. Tabung Haji
4. Dana Unit Amanah Money Market
5. Islamic Fixed Deposit
6. Amanah Hartanah Bumiputera (terbaik).
7. Simpan dekat Koperasi yang bagus.
8. Simpan dekat KWSP.
• Bila anda sudah banyak sudah wang dekat instrumen simpanan, boleh sudah anda mula usyar instrumen pelaburan. Antaranya :
- Dana Unit Amanah Sukuk
- Dana Private Retirement Scheme (PRS)
- Emas di Maybank Investment Gold Account-Islamic (Miga-i), Bursa Gold Dinar, Public Gold, KAB, etc. Jangan tempat berisiko tinggi macam Quantum Metal sudah lah.
- Dana Unit Amanah especially yang ada Saham Patuh Syariah dari Amerika.
- Saham dan IPO
- Private Mandate
- Mata Wang Kripto yang Patuh Syariah
- Hartanah dan Lain-lain Lagi (ada banyak lagi tapi anda kena jadi Sophisticated Investor lah).
4. Peringkat Kestabilan Kewangan :-
• Anda sudah tidak ada sudah hutang jahat.
• Anda sudah ada 6 bulan rizab kecemasan.
• Kalau ikut ajaran Dave Ramsey, masa ini ialah bila anda sudah selesaikan Baby Step #1 iaitu anda sudah ada rizab awal RM1000, anda sudah langsaikan semua hutang pengguna anda (semua hutang kecuali hutang rumah) menggunakan teknik debt snowball, dan anda sudah ada rizab kecemasan 3 bulan ke 6 bulan perbelanjaan bulanan anda.
• Banyak orang tidak akan sampai dekat sini walaupun sudah pencen.
• At least kena aim sampai dekat sini !
5. Fleksibiliti Kewangan :-
• Anda sudah simpan dan labur dekat tempat mudah cair yang bersamaan dengan dua tahun perbelanjaan bulanan anda.
• Kalau anda perlukan RM5,000 sebulan untuk tampung belanja anda sebulan, anda perlu ada duit sebanyak RM120,000.
• Masa ini anda mampu untuk ambil cuti tanpa gaji dan buat lah apa-apa yang anda suka untuk setahun.
• Mungkin anda nak berdakwah kah, anda nak melancong kah, anda nak jaga anak atau ibu bapa yang sakit kah, buat kerja-kerja amal NGO kah, whatever you want.
• Mungkin anda nak try buat kerja lain sambil-sambil ambil cuti tanpa gaji kah ?
• Macam itu lah. Anda sangat-sangat fleksible.
6. Bebas Kewangan :-
• Ini lah peringkat atau aras idaman banyak orang tetapi banyak tidak akan capai-capainya walaupun sudah cecah usia pencen.
• Dekat level ini pendapatan pasif anda sudah sama atau melebihi perbelanjaan bulanan anda.
• Masalahnya banyak orang tidak tahu dan tidak ada langsung pendapatan pasif.
• Pendapatan pasif yang terbaik ialah pendapatan pasif dari portfolio simpanan dan pelaburan anda.
• Kedua ialah pencen kerajaan. Kalau ada.
• Pendapatan pasif dari kerja sebagai perunding takaful atau perunding unit amanah sebenarnya walaupun bagus tapi belum lagi terjamin.
• Sebab syarikat anda boleh saja tarik bila-bila masa.
• Sebab itu lah tekankan pentingnya ilmu pelaburan. Itu lah tiket untuk jadi betul-betul bebas kewangan.
• Bila anda sudah bebas, nobody can dictate your life except Allah dan Rasul.
• You are free to do anything you love. Anda pergi kerja pun bukan sebab duit sudah tapi sebab anda sukakan kerja itu.
7. Makmur Kewangan :-
• Anda sudah ada terlalu banyak sudah duit. Anda sudah tidak check sudah akaun bank ada. Duit anda terlalu berlebih-lebihan.
• Anda sudah tidak tahu sudah nak buat apa dengan duit anda.
• Bagi lah semula kepada ummah. Sedekah lagi banyak. Zakat lebih banyak.
• Tetapi jangan terlalu gilakan wang sampai lupa yang tujuan kita ini ialah untuk ke alam seterusnya.
• Jangan gila kira duit saja setiap hari. Allah marah itu !
• Semoga semua makmur dan murah rezeki.
• Semoga bermanfaat !