
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
May 23, 2025 at 03:13 AM
Saya ingin tegaskan bahawa saudara baharu atau mualaf di negara ini tidak pernah dipinggirkan. Pelbagai bentuk bantuan disediakan oleh institusi agama khususnya MAIWP:
- Bantuan kewangan bulanan (maksimum RM500-RM1000 sebulan).
- Bantuan Keperluan Asasi (Boost) RM300 sebulan.
- Bantuan deposit & sewa rumah bulanan (deposit maksimum RM3,000 one-off. Sewa maksimum RM1,000 sebulan).
Mengikut data agihan zakat MAIWP setakat Mei 2025, MAIWP telah mendaftarkan seramai 1,098 muallaf berbanding hanya 968 muallaf pada tahun 2024 di Wilayah Persekutuan. Bagi tahun 2025, jumlah agihan adalah sebanyak RM9.3 juta. Ia merangkumi kluster Kebajikan, Pendidikan, Perlindungan, Ekonomi, Perubatan dan Sosial.
Agensi-agensi agama sentiasa bersedia untuk menyantuni dan membantu para muallaf serta golongan asnaf yang berada dalam kesulitan. Kita tidak akan membiarkan mereka menghadapi cabaran hidup ini bersendirian.
Saya menyeru agar semua saudara baharu berurusan terus dengan kaunter zakat, pejabat agama atau institusi sah.
Akhir sekali, saya menyeru kepada agensi zakat, masjid dan para pegawai agama agar sentiasa bersedia dan cakna dengan keperluan mualaf. Kita mesti memastikan mereka sentiasa disantuni, bukan dibiarkan berseorangan dalam meniti kehidupan baru mereka.
#menteriagama #madanibekerja #kerajaanmadani #pelanalfalah #alfalah #kalimahtayyibah

❤️
1