
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
May 27, 2025 at 11:38 PM
Di musim cuti persekolahan ini, pasti ramai yang telah merancang pelbagai aktiviti termasuk pulang ke kampung atau bercuti sama ada di dalam atau luar negara.
Manfaatkan cuti dengan sebaiknya untuk merapatkan hubungan sesama ahli keluarga.
Didoakan semoga dipermudahkan apa jua urusan dan perjalanan lancar serta selamat pergi dan pulang.
Inilah antara doa yang elok diamalkan jika kita keluar rumah dan bermusafir. Moga Allah SWT melindungi kita semua dengan izin-Nya. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
#jawi
#sentiasadicontohi
#doa
#malaysiamadani
#pelanalfalah
#kalimahtayyibah
