Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
June 3, 2025 at 09:23 PM
9 Zulhijjah adalah hari di mana umat Islam yang mengerjakan Haji berwukuf pada tempat dan waktu yang mulia di padang Arafah. Bagi umat Islam di Malaysia, 9 Zulhijah 1446H jatuh pada Jumaat, 6 Jun 2025. Antara amalan terbaik yang boleh kita lakukan pada hari wukuf di Arafah adalah memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT. Ini kerana pada hari istimewa ini merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Doalah banyak-banyak pada hari tersebut, semoga dikabulkan segala permintaan kita. Justeru, jangan lepaskan peluang untuk berdoa bila-bila masa sepanjang hari Arafah. Berdoalah yang baik-baik untuk diri kita, keluarga, agama dan negara kita. Siapa tahu, doa kita yang ikhlas dan bersungguh-sungguh akan dimakbulkan oleh-Nya, Insya-Allah. #jawi #sentiasadicontohi #malaysiamadani #pelanalfalah #kalimahtayyibah
Image from Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) : 9 Zulhijjah adalah hari di mana umat Islam yang mengerjakan Haji berwu...

Comments