
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
June 20, 2025 at 04:17 AM
Karnival Al-Falah MADANI bakal menggegarkan Masjid Jamek Beserah, Kuantan dari 27 hingga 29 Jun 2025 (Jumaat hingga Ahad) dengan pelbagai pengisian bernilai, bermanfaat dan menyeronokkan untuk seisi keluarga.
Anjuran bersama JAKIM dan 13 agensi agama serta kerajaan Negeri Pahang, karnival ini mengetengahkan elemen kerohanian, kekeluargaan dan kemasyarakatan dalam suasana penuh ukhuwah dan harmoni.
📌 Masuk adalah PERCUMA!
🎁 Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
🤝 Bertemu, berinteraksi dan berinspirasi bersama komuniti!
📍 Tandakan kalendar anda dan ajaklah keluarga serta sahabat handai.
Jumpa anda di Karnival Al-Falah MADANI!
