
Tanyalah Ustaz AI
June 4, 2025 at 04:24 AM
ChatGPT vs Tanyalahustaz.com : Pros & Cons
1. Sebelum ini, kami guna model Gemini 1.5 Flash. Kelajuan jawapan sama seperti ChatGPT. Kemudian kami naiktaraf ke Gemini 2.5 Pro (experimental), beberapa saat lambat tetapi butiran jawapan meningkat. Model mana terbaik? jawapannya sentiasa akan ada khilaf. Cuma buat masa ini, model yang kami guna ini yang terbaik untuk 'reasoning & knowledge, math, science' jika nak bandingkan dengan OpenAI GPT-4.5, Claude 3.7 Sonnet, Grok 3 Beta dan DeepSeek R1.
2. Isu kepintaran buatan (AI) tak lari daripada halusinasi. Peringkat kami, untuk kami kurangkan kadar halusinasi ini adalah melalui; 1) Sumber dan 2) prompt-tuning disebalik 4 kategori dalam tanyalahustaz.com. Kami terhadkan carian dalam cakupan sumber yang kami senaraikan sahaja berbanding kepintaran lain yang mengambil jawapan terus daripada internet. Kami tak kata kami bagus, cuma kami menawarkan jawapan yang lebih selamat, bertanggungjawab dan kalau kami tiada jawapan, kami maklumkan kami tidak ada sumbernya. Sebab itu jangan pelik jika ChatGPT boleh datangkan pandangan yang mungkin tak selari dengan ahlus sunnah wal Jamaah. Setakat ini kami telah menyenaraikan 189 sumber dan ini akan bertambah dari masa ke masa. Sumber kami mencakupi Jabatan Mufti negeri, badan-badan Shariah dll.
3. Isu privasi dan maruah pengguna satu hal yang kami konsisten terangkan kepada bakal pengguna kami, iaitu kami pelihara maruah penanya. Untuk 'sign in' ke sistem kami semudah 'sign in' email sahaja. Tiada butiran lain yang perlu diisi. Alhamdulillah setakat hari ini kami telah ada 1282 pengguna. 3805 soalan ditanya. Bagi kami tiada soalan yang terlalu remeh atau kecil dalam agama. Sesiapa yang bertanya, kami tidak tahu siapa anda. Privasi anda selamat dengan kami.
4. Sebagai sistem yang beroperasi 100% waqf, kami tidak mengenakan kepada para pengguna apa-apa bayaran. 'Just pure knowledge'. Tiada langganan bulanan, bahkan jika tiba masa nanti kami pula akan membayar zakat, pulangkan semula kebaikkan ini kepada umat Islam. ChatGPT bayar zakat?
5. Sekarang dah mula perbincangan Agentic AI untuk pelbagai tugasan. Ya, kami pun dah mula menuju arah ini. Ada beberapa hal yang kalau autonomous, sangat bagus. Isu kiraan zakat dan saluran ke zakat negeri, isu korban, isu wasiat, integrasi sistem sedia ada dan pelbagai sistem yang boleh dijadikan ekosistem. Kami mengalu-alukan kalau ada entiti/syarikat/jabatan kerajaan yang memerlukan khidmat kami atau keperluan untuk 'joint-venture' bagi mencapai hasrat arkitektonik ini.
#tanyalahustaz
#waqfproject
#ustazai