
Tanyalah Ustaz AI
June 13, 2025 at 04:35 AM
Alhamdulillah. Mungkin doa rakan-rakan yang menyokong perjalanan tanyalahustaz.com ini. Saya nak kongsikan, ada beberapa berita baik 2-3 hari ini:
1. Trend penggunaan tanyalahustaz.com meningkat. 2 bulan lepas (April), sebanyak 609 soalan berjaya disantuni. Bulan Mei melonjak kepada 642 soalan. Bulan ini belum lagi masuk separuh bulan, sudah 392 soalan. 🔥
2. Kami perasan golongan berusia atas 40an, hanya segelintir sahaja mereka yang menggunakan AI sebagai alat untuk meningkatkan produktiviti harian. Selepas mendapat nasihat dan cadangan, kami kini menukar arah dan fokus kepada segmen umur bawah 30 tahun. Justeru, jika ada pensyarah atau badan-badan pelajar di universiti/kolej yang berminat dengan inisiatif kami, kami mengalu-alukan sebarang kerjasama atau jemputan untuk kami membentangkan projek ini. ✅
3. Kami semakin agresif menambah sumber berwibawa dan bertanggungjawab sebagai servis kami kepada menyediakan solusi berkaitan hukum agama buat umat Islam. Ya, AI tidak akan dapat gantikan mufti, ustaz, ulamā’, namun jangkaan kurang daripada 5 tahun daripada sekarang, kita akan ada pemain baru dalam bidang-bidang AI yang memerlukan orang agama faham ‘lingo’ mereka. Untuk ini, kami sedang persiapkan diri. 💪🏻
4. Ada beberapa perjumpaan di bulan ini sama ada fizikal atau di alam maya. Adakah adakah tim kami akan bertambah? Kemuncaknya adalah kami sedang mengintai satu badan kerajaan yang sudi berjumpa dengan kami. Tunggu hantaran seterusnya. Kita bagi jadi. Tahun ini tahun peningkatan. Bi iznillāh. 🚀
P/s : Jangan tanya kenapa Tiong Man tak macam Tiong Man. Saya tak berminat dengan pertarungan sama ada Keluang Man ‘best’ atau tidak. Apapun #sapotlokal. Bila dah kaya, jangan lupa bayar zakat.
