MIASA Malaysia

MIASA Malaysia

100.9K subscribers

Verified Channel
MIASA Malaysia
MIASA Malaysia
June 14, 2025 at 11:07 AM
Beberapa hari lalu, jutaan umat Islam berhimpun di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Haji — sebuah perjalanan rohani yang sarat dengan keinsafan, pengorbanan, dan ketundukan kepada Allah SWT. Alhamdulillah, Presiden dan Pengasas MIASA, Puan Anita Abu Bakar, turut diberi kesempatan menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Dari Masjidil Haram, beliau mengirimkan doa dan sedikit momen indah sempena Aidiladha untuk dikongsikan bersama semua. Walaupun Hari Raya Aidiladha telah berlalu, semangat dan pengajarannya terus hidup dalam jiwa — mengingatkan kita tentang erti sebenar pengorbanan, ketaatan dan keikhlasan dalam kehidupan seharian. Dari Tanah Suci, kami titipkan doa: Semoga semua yang menyimpan impian untuk menunaikan Haji atau Umrah akan diberi rezeki, kelapangan, dan jemputan oleh Allah SWT pada waktu yang terbaik, InsyaAllah. 🕋 Pengorbanan itu datang dalam pelbagai bentuk — fizikal, emosi, mental dan spiritual. Teruskan menyemai kasih sayang, empati dan sokongan terhadap diri sendiri dan orang di sekeliling kita. Taqabbalallahu minna wa minkum🤍
❤️ 👍 😅 😮 22

Comments