
MadaniNomics 🇲🇾
June 13, 2025 at 06:11 AM
*LIMA INISIATIF UTAMA DIPERKENAL UNTUK PERKASA WANITA DALAM EKSPORT*
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan lima inisiatif utama bagi memperkasa wanita dalam eksport sempena perasmian Forum Women in Export.
Inisiatif itu termasuk penubuhan Women Export Incubators yang menyediakan mentor, latihan antarabangsa dan klinik digital, serta pelancaran dana khas melalui Skim Pemerkasaan Wanita Global.
Turut diperkenalkan ialah Anugerah Wira Ekonomi Wanita, Program Perdagangan Hijau dan pemerkasaan TVET untuk kemahiran teknikal.
_“Usahawan wanita perlu diberikan modal pembiayaan yang lebih besar bagi membantu mereka menembusi pasaran antarabangsa,”_ tegas Zahid.
Beliau turut mendedahkan bahawa sejak 2021, sebanyak 1,054 syarikat milik wanita — mewakili 55% daripada jumlah keseluruhan — telah berjaya menembusi pasaran ASEAN, dan angka ini dijangka terus meningkat dengan pelaksanaan program yang lebih menyeluruh dan inklusif.
📍Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSk9dFgfY/
📍X: https://x.com/madaninomics/status/1933404680266351102?s=46
📍YouTube: https://youtube.com/shorts/Phyo8blnLuY?si=MmCEj6E4yAZhBY5k
📍FB: https://www.facebook.com/share/v/1Aw4Z1fuoo/?mibextid=wwXIfr