
MadaniNomics 🇲🇾
June 18, 2025 at 12:33 PM
*MNNews 🌐 “Tanpa Tenaga Nuklear, Sukar Capai Sifar Bersih 2050” – Akmal Nasir*
Timbalan Menteri PETRA Akmal Nasir menegaskan bahawa Malaysia sukar mencapai sasaran sifar bersih 2050 tanpa mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai sumber ‘base load’ yang bersih dan stabil. Beliau berkata, tenaga nuklear mungkin bukan sumber boleh baharu, tetapi ia adalah antara yang paling bersih dari segi pelepasan karbon dan perlu dipertimbangkan secara serius dalam pelan tenaga negara.
_“Persoalannya sekarang ialah dari mana kita mahu dapatkan sumber 'base load' yang bersih dan stabil untuk menggantikan arang batu, minyak dan gas? Realitinya, tanpa tenaga nuklear, kita mungkin tidak mampu mencapai sasaran sifar bersih menjelang 2050,”_ katanya dalam sesi Energy Asia 2025.
Turut berkongsi pentas, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah menjelaskan bahawa grid kuasa serantau ASEAN akan membuka jalan kepada integrasi tenaga rendah karbon, termasuk tenaga nuklear dari negara jiran. Malaysia, katanya, harus bersedia menilai tenaga nuklear sebagai sebahagian penyelesaian dalam peralihan tenaga nasional.
📍X: https://x.com/madaninomics/status/1935313416689959137?s=46
📍FB: https://www.facebook.com/share/15hxubBWWc/?mibextid=wwXIfr
📍IG: https://www.instagram.com/p/DLCs8rKJq1y/?igsh=MXVrYmh4NGFqMHgyNA==